SUSUR 1

Tuesday, January 26, 2010

Allah Maha Besar dengan segala kuasa yang ada pada-Nya. Yang Engkar akan tetap menerima azab dari-Nya. Manakala yang taat akan menerima Rahmat dan Berakah dari Allah SWT.
Perjalanan singkat saya baru-baru ini ke Kota Kinabalu dan Kudat untuk menjemput ayah saya tidak disia-siakan. Susuran saya di sepanjang perjalanan digunakan dengan sebaik- baiknya, biar bermakna dan membawa erti yang mendalam. Di bawah ini adalah nota susuran cerita/ maklumat yang saya temui. Nota ini saya kongsi bersama pengunjung blog ini.

1. ASAL USUL NAMA SABAH
(sumber : Muzium Negeri Sabah)
Mengikut cerita, beberapa orang dari Mindanao dihanyut arus dan sampai ke Labuk. Mereka mendarat di Kuala Beluran lalu menemui sebatang pisang yang sangat besar dan aneh. Mereka menggelar tempat itu ’Sabah’. ( saying sabba’). Mereka balik ke Mindanao lalu mengkhabarkan berita itu kepada Datu Badaruddin. Datu Badaruddin meninggalkan Batu-Batu lalu pergi ke Sabah. Di sana dia bertemu dengan masyarakt Cina di Labuk. Datuk Kamaruddin anak kepada Datu Badaruddin berkahwin dengan puteri Cina Kinabatangan. Daripada perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang anak bernama Datu Nasaruddin. Datu Nasaruddin berpindah ke Telaga Bangkoka dan berkahwin dengan Mantaring (Menteleng). Mereka dikurniakan anak iaitu Datuk Harun. Datuk Harun adalah penjaga yang memelihara Tun Datu Mustapah.

2. LAGU KEBANGSAAN SABAH
Pencipta lagu kebangsaan negeri Sabah ialah H.B. Hermann berasal dari Jalan Geylang, Saingapura. Lagu ini dipilih dalam pertandingan mencipta lagu kebangsaan Sabah. Buat pertama kalinya lagu ini dimainkan di radio pada 19 Julai 1963.

3. PAHLAWAN SABAH

  • Datu Tating di Pulau Balambangan 1773.
  • Pangiran Usop di Sungai Kimanis 1884
  • Haji Saman di Membakut 1846
  • Datu Baginda Putih di Sandakan 1879
  • Datu Kadunding di Tungku 1879
  • Pangiran Samah di Gua Gomantong 1884
  • Pangiran Shah Bandar Hassan di Beaufort, Disember 1888
  • Paduka Muhammad Salleh di Ranau dan Tambunan, 1894
  • Sigunting di Kota Marudu, 1894
  • Mat Sabor di Kudat, 1900
  • Kamunta di Tempasuk dan Menggatal, Mei 1900
  • Pak Musa di Membakut, 1908
  • Antanom di Rundala, 1915
  • M’bok Ali di Pundasan, 1915

1 comments:

DatuRosmai said...

Assalamualaikum Tuan Hatta,bila saya buka blog PSB ,saya terlihat gambar sepupu saya dengan Tuan dalam gambar di Kg Tanjung Batu,Kota Marudu(Bukan Kudat).Magtaimanghud kita....

Post a Comment