MAMAID NA KAMI

Tuesday, January 26, 2010

"Pemimpin perlu peka dan mampu berkomunikasi untuk berkomunikasi dengan baik. Keluhan rakyat perlu didengari bukan lena memikir bagaimana untuk terus bertahan sebagai duduk di atas kerusi empuk..."


Saudara Hatta Yunus@ Sawabi mengesahkan Presiden Persatuan Suluk Bersatu (PSBS) Pusat, Sharif Amirul telah menerima perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Cawangan PSBS Sandakan menerusi SMS lewat jam 6.48 petang, 4 Januari 2010. Saudara Hatta meletakkan jawatannya itu berikutan pihak Presiden tidak menerima sah mesyuarat Agung PSBS Negeri yang dianjurkan PSBS Sandakan pada 25 Disember 2009. Ditanya sebab Presiden menolak, saudara Hatta menjelaskan mesyuarat pada mulanya boleh dijalankan tetapi terpaksa ditolak di saat- saat akhir apabila dia dicalonkan sebagai Presiden PSBS dengan alasan mesyuarat pada hari itu kononnya tidak mengikut perlembagaan PSBS. Kalau mesyuarat pada hari itu tidak mengikut perlembagaan mengapa beliau (saudara Hatta) tidak diberi maklum lebih awal sebelum itu. Baginya, tindakan membatalkan mesyuarat pada hari itu tidak bersifat ukhuwah sebaliknya menjaga kepentingan diri berbanding kepentingan umum khususnya PSBS. Keputusannya meletak semua jawatan dalam PSBS dan keluar dari ahli PSBS merupakan protesnya kepada kepimpinan dalaman PSBS yang dilihatnya sudah tidak stabil dan ikut rasa suka hati sahaja. Beliau berharap PSBS akan terus memperjuangkan nasib orang- orang Suluk dan PSBS akan muncul sebagai wadah terbaik pada 2010. Sesungguhnya di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan dan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. - WARTAWAN PSB

0 comments:

Post a Comment