HAKIKAT BERSATU
Wednesday, January 27, 2010Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 9:06 PM 0 comments
KENAPA RASA TERSISIH?
Saya tertarik untuk menulis perihal laku- laku orang- orang Suluk di Malaysia. Dalam artikel saya suatu masa dahulu, saya pernah menyatakan orang- orang Suluk di Malaysia sudah ramai yang tidak tahu berbahasa Suluk. Banyak respon yang saya terima. Ada yang bersetuju dan tidak bersetuju malah ada juga yang terus tertekan menahan malu dan segan pada dirinya sendiri. Tujuan saya adalah untuk mengajak orang- orang Suluk kembali menghayati sejarah dan budaya mereka sendiri. Sejarah Suluk sangat panjang dan ia memiliki inti pati yang cukup untuk dibanggakan (kalau kita menelaah semula sejarah Suluk di Sabah khususnya).
Sebelum kita me'nuduh' orang Suluk adalah PATI. Saya syorkan elok buka buku sejarah masyarakat Sulu dan Kesultanannya. Kewujudan orang- orang Suluk di Borneo diakui sudah berabad- abad lamanya. Malah sejarahnya lebih lama dibandingkan dengan sejarah etnik lain di Sabah. Orang- orang Suluk di Sabah sudah wujud lebih lama sebelum kedatangan Cina dan India di Tanah Melayu. Malah catatan sejarah menyatakan pendokong ilmuwan dan pembawa obor Daulah Islamiah di Sabah adalah dari kaum Suluk. Syeikh Hasbullah Attahiri dikatakan pendakwah Islam dari kaum Suluk peranakan Arab dari Yaman di Sandakan. Dikatakan juga Sandakan pada masa itu adalah kedua terhebat selepas Acheh dalam perkembangan dakwah Islam Nusantara. Masyarakat Sulu sering datang ke Sandakan untuk menuntut ilmu dari beliau. Dan pusat penuntutan ilmu Islam itu terletak di atas bukit pinggir pantai iaitu masjid bandar Sandakan yang ada sekarang ini.
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 8:58 PM 5 comments
JASANYA DIKENANG SEPANJANG ZAMAN
Tun Mustapha turut dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri dari 16 September 1963 hingga 15 September 1965, menandakan permulaan era pembangunan Sabah.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Abdullah Hussin, keputusan masyarakat Islam Sabah yang diketuai Tun Mustapha untuk menyertai Persekutuan Malaysia dipengaruhi oleh kesedaran tentang nasib dan masa depan umat Islam di negeri ini.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Abdullah Hussin, keputusan masyarakat Islam Sabah yang diketuai Tun Mustapha untuk menyertai Persekutuan Malaysia dipengaruhi oleh kesedaran tentang nasib dan masa depan umat Islam di negeri ini.
Selain itu katanya, selepas penubuhan Malaysia, Mustapha adalah individu yang berusaha keras menubuhkan USIA. Ia menggabungkan persatuan-persatuan Islam yang wujud di Borneo Utara menjadi sebuah persatuan yang besar dan kuat.
Langkah pertama Mustapha ke arah merealisasikan penubuhan USIA ialah mengundang tiga persatuan Islam utama iaitu Persatuan Islam Tawau, Persatuan Islam Putatan dan Persatuan Islam Sabah menghadiri Kongres Masyarakat Islam pada 14 Ogos 1969 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.
Abdullah memberitahu, sejurus selepas penubuhan USIA, Mustapha yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua USIA telah menjalankan pelbagai program dakwah Islam di seluruh negeri.
"Keberkesanan dakwah USIA di bawah kepimpinan Mustapha telah berjaya menarik lebih 70,000 orang penduduk Sabah memeluk Islam.
Beliau berkata, pembelian bangunan gereja SDA di Kota Kinabalu merupakan satu lagu usaha berani Mustapha dalam memartabatkan Islam di negeri ini.
Tambahnya, sejak diambil alih USIA, bangunan bekas gereja SDA itu kini menjadi pusat pelbagai aktiviti Islam, khususnya bagi kemudahan warga kota yang beragama Islam untuk menunaikan solat.
Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman/ Utusan Malaysia
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 8:45 PM 1 comments
MESEJ BERJAYA
Tuesday, January 26, 2010Pangalay warisan dari 'orang berzaman'
Generasi baru dipupuk agar mencintai budaya sendiri
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 6:49 AM 0 comments
PANGALAY TAWAN UNIVERSITI MALAYA
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 6:43 AM 1 comments
TAWAU OH TAWAU
PERJALANAN MENUJU MIHRAB SULUK
- Setelah menziarahi Masjid Bandar Tawau, perjalanan saya teruskan ke satu lagi masjid di Tawau yang dibina pada sekitar 2003-2004. Masjid al-Kautsar ini terletak kira- kira 3 kilometer dari Masjid Bandar. Sesuai dengan keindahan Islam itu, masjid ini dibina cukup indah dengan ukiran- ukiran seni Islam dan ayat- ayat al Quran. Mamasukinya sahaja seolah- olah berada di dunia lain. Tenang dan 'mengasyikkan' terutama pengunjung yang ingin ber'suluk' di sini. Ketika memasukinya saya mengikuti arah jalan tengah 'carpet' biru menuju ke mihrab. Perasaan saya seperti sedang dalam perjalanan menuju pengadilan. Tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas dari pengadilan Tuhan. Semasa dalam usia muda manusia mana yang mahu memikirkan tentang maksud perjalanan ini? Namun apabila usia mencecah 40an barulah manusia memikirkannya. Allah SWT tidak pernah melupakan kita, tetapi kitalah yang sering melupakan-Nya.
DERAP- DERAP TASBIH
- Saya menemui tasbih terbesar di pelusuk gerai bandar Tawau. Butiran tasbih ini mengingatkan saya kepada syeikh-syeikh, ulamak dan para da'i suatu masa dahulu tidak pernah berhenti jejari mereka 'membilang' zikir dan tahmid kepada Allah. Hari ini amalan bertasbih semakin dilupakan. Lihat sahaja tangan- tangan manusia hari ini, jejari mereka lebih tekun ber'SMS' dibandingkan dengan men'derap' tasbih untuk berhubung dengan Allah SWT. Kita bermohon sama- sama kepada Allah SWT agar hidup kita mendapat perolehan usia yang berkat dan penuh rahmat.
KERIS PELINDUNG
- Saya terpanggil untuk melihat beberapa bilah keris kecil dalam kotak yang dipamerkan di salah sebuah gerai menjual buku- buku agama. Selain buku- buku agama terdapat juga CD rakaman debat Islam-Kristian, nasyid dan lain- lain lagi di jual di gerai ini. Menurut pak Abdullah (pemiliki gerai) ramai orang yang datang berkunjung dan membeli barang- barang jualannya. Selain penduduk tempatan Sabah, gerainya turut dikunjungi oleh pelancong luar negara dan pegawai- pegawai kerajaan dari Semenanjung dan Sarawak.
Menurut pak Abdullah, keris- keris kecil yang dijualnya sudah 'diisi' (dibacakan penawarnya) dan berguna untuk pelindung daripada gangguan kejahatan manusia dan makhluk halus. Ia 'diisi' oleh seorang ahli yang sangat waskita dalam ilmu hikmah serta khadam dengan kekuatan batin dan 'supernatural' yang tinggi disertai dengan metafisika yang lazim disebut khadam.
Keris- keris kecil ini diberi nama seperti keris Kecil Zulfikar, Pedang Kecil Zulfikar, Mini Kojang, Mini Majapahit, dan Singo Barong. Harga bagi setiap bilah keris dijual dengan harga RM50.00.
Menginsafi dengan kekuasaan Allah SWT, manusia harus lebih berhati-hati dan berwaspada dengan sesuatu amalan yang tidak diketahui akan ilmunya. Ia dibimbangi membawa kepada kekhurafatan umat Islam.
Sesungguhnya menjejaki sisa usia di pinggir masa Tawau memberi kesan yang mendalam dalam diri saya. Dan saya berharap tulisan ini akan memberi inspirasi kepada bangsaku untuk bangkit membina maruah dan daulah Islami di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa kepada kita, maka hadapkanlah wajah kita dan bermohonlah kepada-Nya dari segala kejahatan manusia.
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 6:38 AM 0 comments
MENJEJAKI MASYARAKAT SULUK DI PESISIR TANJUNG BATU, KUDAT
Tanjung Batu didiami oleh masyarakat Suluk. Semasa susuran saya ke sini, saya tidak menjangka bertemu dengan keluarga dari sebelah ayah dan isteri saya. Masyarakat Suluk di sini bekerja sebagai nelayan. Tempat ini menjadi persinggahan pelancong dan masyarakat tempatan dari Sandakan ke Kudat.
bergambar bersama keluarga di Tanjung Batu
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 6:34 AM 2 comments
SEPAGI DI JETI KEHIDUPAN
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 6:19 AM 1 comments
GONG GONG GONG
Menatap sekali tidak cukup. Seni dan ukirannya menggamit seribu pertanyaan dan imbauan silam bangsaku. Gong adalah lambang kebesaran budaya di Nusantara. Bahkan sesetangah kaum di Sabah meletakkan pantang larang dalam permainan gong mereka. Dibimbangi ia membawa malapetaka kepada penduduknya jika tidak menjaganya. Ada juga yang berangapan bahawa gong adalah raja segala alat permainan tradisional dan tidak boleh dipijak atau dilangkahi. Di sesetengah tempat gong dijadikan sebagai alat untuk memaklumkan ketibaan pembesar-pembesar dengan memagongnya tidak kurang dari tiga kali pagongan. Dalam Suluk terdapat jenis gong Tawag yang bermaksud panggil. Malah semasa bengkel peralatan muzik tradisional (perkusi) Sabah, ada juga yang menamakan gong ini sebagai tetawag (makna dalam Suluk; alat untuk memanggil). Bagi masyarakat Suluk gong dikenali sebagai 'agung' sesuai dengan keagungannya pada era kegemilangan Kesulatanan Sulu sehingga kini.
- 'bung..bung..bung...bung...bung...tukbung'. (fell headlong) ertinya mengapa bangsaku sudah mula melupakan warisan budaya. Ini membawa kepada insiden 'tukbung' iaitu, menghilangkan warisan budaya jauh dari kehidupan. Natijahnya generasi hari ini tidak tahu 'memagong'. Mereka hanya mampu memanjangkan kepala mereka ke bawah untuk melihat kemegahan budaya bangsa lain yang diwarisi sendiri dari zaman Kesultanan sejak dahulu.
- 'bung...bung....bung....bung.....bung... BUUUNG (rasa pening dan mahu pengsan). Ramai hari ini bila diminta untuk bermain ' agung' ada yang menolak kerana tidak tahu. Malah ada yang pening dalam diri sindiri. Maksudnya generasi hari ini sangat tidak berminat untuk mempelajarinya malah menyentuhnya pun terasa janggal. Pening kepala mereka bila diminta belajar. Natijahnya generasi hari ini liar dalam diri mereka sehingga membunuh semangat perjuangan sendiri dalam diri mereka. Mereka tidak kenal erti bangsa sendiri.
Dua perkara peringatan penting dari 'agung' untuk kita hari ini. Iaitu budaya, nilai moral (akhlak) sudah tidak berada dalam jiwa kita hari ini. "Biar mati anak, jangan mati adat". Anak merujuk kepada kita, manakala adat sebenarnya merujuk kepada nilai agama, akhlak dan budaya yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Orang dahulu membiarkan anak- anak mereka pergi berjuang (berjihad) untuk membela bangsa (meliputi nilai peradaban diri) demi untuk mempertahankan nilai budaya. Bagi mereka generasi yang tidak tahu mempertahankan nilai itu tadi lebih baik tiada daripada nilai itu terus hilang. Lihat sahaja hari ini, generasi (anak) sendiri yang menjadi pembunuhnya!
Susuran saya di kampung Sumangkap membawa sejuta pengertian. Daripada susuran kali ini sememmangnya ada pro dan kontranya apabila gong berbicara. Masih banyak yang perlu difikir untuk direnung dan digubal agar ianya menjadi jambangan indah untuk semua. Saya akhiri nota dengan menarik nafas panjang sambil berkata, 'simampai da.......'.
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 6:16 AM 0 comments
SUSUR 1
Perjalanan singkat saya baru-baru ini ke Kota Kinabalu dan Kudat untuk menjemput ayah saya tidak disia-siakan. Susuran saya di sepanjang perjalanan digunakan dengan sebaik- baiknya, biar bermakna dan membawa erti yang mendalam. Di bawah ini adalah nota susuran cerita/ maklumat yang saya temui. Nota ini saya kongsi bersama pengunjung blog ini.
1. ASAL USUL NAMA SABAH
(sumber : Muzium Negeri Sabah)
Mengikut cerita, beberapa orang dari Mindanao dihanyut arus dan sampai ke Labuk. Mereka mendarat di Kuala Beluran lalu menemui sebatang pisang yang sangat besar dan aneh. Mereka menggelar tempat itu ’Sabah’. ( saying sabba’). Mereka balik ke Mindanao lalu mengkhabarkan berita itu kepada Datu Badaruddin. Datu Badaruddin meninggalkan Batu-Batu lalu pergi ke Sabah. Di sana dia bertemu dengan masyarakt Cina di Labuk. Datuk Kamaruddin anak kepada Datu Badaruddin berkahwin dengan puteri Cina Kinabatangan. Daripada perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang anak bernama Datu Nasaruddin. Datu Nasaruddin berpindah ke Telaga Bangkoka dan berkahwin dengan Mantaring (Menteleng). Mereka dikurniakan anak iaitu Datuk Harun. Datuk Harun adalah penjaga yang memelihara Tun Datu Mustapah.
2. LAGU KEBANGSAAN SABAH
Pencipta lagu kebangsaan negeri Sabah ialah H.B. Hermann berasal dari Jalan Geylang, Saingapura. Lagu ini dipilih dalam pertandingan mencipta lagu kebangsaan Sabah. Buat pertama kalinya lagu ini dimainkan di radio pada 19 Julai 1963.
3. PAHLAWAN SABAH
- Datu Tating di Pulau Balambangan 1773.
- Pangiran Usop di Sungai Kimanis 1884
- Haji Saman di Membakut 1846
- Datu Baginda Putih di Sandakan 1879
- Datu Kadunding di Tungku 1879
- Pangiran Samah di Gua Gomantong 1884
- Pangiran Shah Bandar Hassan di Beaufort, Disember 1888
- Paduka Muhammad Salleh di Ranau dan Tambunan, 1894
- Sigunting di Kota Marudu, 1894
- Mat Sabor di Kudat, 1900
- Kamunta di Tempasuk dan Menggatal, Mei 1900
- Pak Musa di Membakut, 1908
- Antanom di Rundala, 1915
- M’bok Ali di Pundasan, 1915
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 6:13 AM 1 comments
MAMAID NA KAMI
"Pemimpin perlu peka dan mampu berkomunikasi untuk berkomunikasi dengan baik. Keluhan rakyat perlu didengari bukan lena memikir bagaimana untuk terus bertahan sebagai duduk di atas kerusi empuk..."
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 2:06 AM 0 comments
TU'LID SIN ATAY DUMAGBUS HA KAUL FI'IL
- Berikutan kemelut PSBS, saya terus menerima sokongan bertalu- talu disamping nasihat yang berguna kepada saya. Sokongan dan nasihat ini datangnya dari sahabat handai, keluarga, rakan- rakan malah kenalan saya dari bangsa lain pun turut memberi perangsang sebagai motivasi untuk saya.
- Alhamdulillah setelah saya menjelaskan kedudukan kemelut ini mereka menyarankan saya untuk menerima mandat baru. Dan mereka akan terus berada di belakang saya untuk membantu dan memberi sokongan.
- Saya sama sekali tidak berniat untuk berpaling jauh dari perjuangan bangsa saya tetapi apa yang saya lakukan kali ini ialah membuat perubahan dan peningkatan dalam banyak perkara khusus untuk PSBS agar mampu untuk bersaing dengan kuat dan perkasa.
- Cabaran yang akan dihadapi oleh PSBS pada 2010 adalah lebih besar maka sebab itu kita memerlukan kordinasi yang tepat untuk memandu arah hala tuju PSB agar ia selari dengan perkembangan semasa. Namun saya sangat kecewa apabila titik mula usaha ini ditolak mentah- mentah.
- Saya tidak berputus asa. Perjalanan masih jauh. Perjuangan bangsa mesti diteruskan.
- Saya cukup yakin dan percaya, pemimpin yang telus hanya perkasa jika hatinya bersih. Dan setiap manusia yang berhati bersih dan suci akan mendapat bantuan dari Allah SWT.
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 2:03 AM 0 comments
KAUM TIDONG DAN SULU
Semasa kunjungan saya ke Tawau suatu masa dahulu, saya dipertemukan dengan seorang penggiat seni dan budaya kaum Tidong. Beliau menjadi rujukan masyarakat setempat dan pihak Lembaga kebudayaan negeri berkaitan dengan urusan kebudayaan kaum Tidong. Ujang juga mahir dengan lisagan kulintangan Tidong. Sejarah kaum Tidong mempunyai kunikannya yang tersendiri malah kaum Tidong mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Kesultanan Sulu. Berikut sedikit fakta tentang kaum Tidong yang saya petik dari salah satu blog Kaum Tidong:
Suku kaum Tidong berasal dari bahagian Utara Kalimantan Timur. Suatu masa dahulu suku Tidong ini memiliki kerajaannya sendiri dikenali sebagai Kerajaan Tidong @ Tarakan.
Kerajaan Tidong di Pulau Tarakan, terkenal dengan kaum Tengara yang banyak melahirkan pemimpin Dinasti Tengara. Berdasarkan tarsilah (Genealogy) ianya terdapat di pesisir timur pulau Tarakan.
Kerajaan Tidong kuno (The Ancient Kingdom of Tidong) bermula sekitar pada tahun 1076-1156 kemudian berpindah di barat pulau Tarakan di kawasan Tanjung Batu, sekitar tahun 1156-1216, lalu berpindah lagi tetapi masih dalam pulau Tarakan iaitu di Sungai Bidang dalam tahun 1216-1394, akhirnya Dinasti Tengara berpindah jauh dari pulau Tarakan iaitu ke kawasan Pimping di bahagian barat Tanah Kuning sekitar tahun 1394-1557.
Kerajaan Dinasti Tengara ini pertama bertakhta mulai tahun 1557-1571 dimana kawasan Pamusian Wilayah Tarakan Timur menjadi pilihan mereka.
Berikut adalah Raja-Raja Dinasti Tengara:-
- Amiril Rasyd Gelar Datoe Radja Laoet (1557-1571)
- Amiril PengiranØ Dipati I (1571-1613)
- Amiril Pengiran Singa Laoet (1613-1650)
- Amiril Pengiran Maharajalila I (1650-1695)
- Amiril Pengiran Maharajalila II (1695-1731)
- Amiril Pengiran Dipati II (1731-1765)
- Amiril Pengiran Maharajadinda (1765-1782)
- Amiril Pengiran Maharajalila III (1782-1817)
- Amiril Tadjoeddin (1817-1844)
- Amiril Pengiran Djamaloel Kiram(1844-1867)
- Datoe Maoelana/Ratoe Intan Doera (1867-1896)
- Datoe Adil (1896-1916)
Tetapi akhirnya hancur berikutan campurtangan oleh pihak Belanda ketika itu.
Nelayan dan petani adalah menjadi sumber pencarian suku kaum Tidong ini berdasarkan satu dokumen dan maklumat tertulis ataupun lisan yang ditemui oleh pakar sejarah, dimana mereka tinggal di kawasan Kalimantan Timur.
Kalimantan Timur pula terbentuk dua pemerintahan dimana satu adalah Kerajaan suku kaum Tidong dan satu lagi Kesultanan dari kaum suku Bulungan, dimana kerajaan dari kaum tidong berkedudukan di Pulau Tarakan hingga di Salimbatu dan Kesultanan Bulungan adalah di Tanjung Palas.
Bahasa Tidong dialek Tarakan merupakan bahasa Tidong yang pertengahan ini kerana boleh difahami oleh semua warga suku Tidong. Beberapa kata bahasa Tidong masih memiliki kesamaan dengan bahasa Kalimantan lainnya. Besar kemungkinan suku Tidong mempunyai kaitan dengan suku Dayak rumpun Murut (suku-suku Dayak yang berada di Sabah).
Walaubagai manapun kaum Tidong adalah beragama Islam dan membangunan dalam kerajaan Islam sehingga tidak lagi dianggap sebagai suku Dayak, akan tetapi boleh diketegorikan suku berbudaya Melayu seperti suku Banjar, suku Kutai dan suku Pasir.
KAITAN SUKU TIDONG DENGAN KESULTANAN SULU DAN BRUNEI
Menurut sejarah Sultan Sulu yang bernama Sultan Salahuddin-Karmat atau Pangiran Bakhtiar telah berkahwin dengan seorang gadis berbangsa Tionghoa yang berasal dari daerah Tirun (Tidong) adalah pendakatan Sultan Sulu yang inginkan mengamankan Wilayah North-Borneo (kini Negeri Sabah) setelah mendapat Wilayah daripada Sultan Brunei, salah seorang putra Sultan Salahuddin-Karmat iaitu sultan Badaruddin-I yang memperisterikan seorang Putri Tirun atau Tidong (Isteri Kedua) yang merupakan anak gadis kepada Pemerintah awal di Wilayah Tidong. (Isteri Pertama Sultan Badaruddin-I, dikatakan gadis berasal dari Soppeng, Sulawesi Selatan. Maka lahirlah seorang Putra bernama Datu Lagasan yang kemudian menjadi Sultan Sulu yang bergelar, Sultan Alimuddin-I ibni Sultan Badaruddin-I) Dari zuriat Sultan Alimuddin-I inilah dikatakan datangnya Keluarga Kiram dan Shakiraullah di Sulu.
Maka dari darah keturunan dari Puteri Tidong lahirnya seorang putra bernama Datu Bantilan dan seorang putri bernama Dayang Meria. Datu Bantilan kemudiannya menaiki takha Kesultanan Sulu (mengantikan abangnya Sultan Alimuddin-I) disekitar tahun 1748, bergelar Sultan Bantilan Muizzuddin.
Adindanya Dayang Meria dikatakan berkahwin dengan seorang Saudagar dari Tionghoa, kemudian lahirlah seorang Putra yang bernama Datu Teteng atau Datu Tating. Mana kalah zuriat Sultan Bantilan Muizzuddin merupakan keluarga Maharaja Adinda, yang mana waris sebenar Kesultanan Sulu mengikut sistem Protokol Kesultanan yang digelar “Tartib Sulu”Sementara itu, pewaris sebenar itu bergelar, Duli Yang Mulia (DYMM) Sultan Aliuddin Haddis Padila. Dimana “Putra Mahkota” kesultanan Sulu merupakan putra bongsu kepada DYMM Sultan Aliuddin yang bernama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Datu Ali Aman atau digelar sebagai “Raja Bongsu-II” (Gelaran ini mungkin mengambil sempena nama moyang mereka yang bernama Raja Bongsu atau Pengiran Shahbandar Maharajalela, dan juga merupakan putra bongsu kepada Sultan Muhammad Hassan dari Brunei. Sementara itu Raja Bongsu telah dihantar ke Sulu menjadi Sultan Sulu mengantikan paciknya Sultan Batarasah Tengah ibnu Sultan Baddiman UI-Halim yang nama tidak mempunyai zuriat putra. Ibu Raja Bangsu perupakan putri kepada Sultan Pangiran Buddiman UI-Halim yang berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan yang berasal dari Brunei).
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 1:48 AM 4 comments
BARONG
Barong senjata warisan masyarakat Suluk
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 1:46 AM 0 comments
TAHLIL TULISAN ASHEIKH HASBULLAH AT-THAHIRI
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 1:43 AM 0 comments
KERIS SUNDANG
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 1:41 AM 2 comments
MENZIARAHI MAQAM ALMARHUM HABIB IBRAHIM
KS menghadiahkan al fatihah di hadapan makam -
Makam dipagar bagi membendung amalan khurafat -
pemandangan sekitar tanah perkuburan -
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 1:37 AM 2 comments
SYEIKH HASBULLAH AT-THAHIRI
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 1:33 AM 4 comments