MASYARAKAT SULUK DIGESA BERSATU

Sunday, December 5, 2010


Masyarakat Suluk adalah peribumi utama di Sabah. Kewujudannya terbukti sejak sekian lama jauh sebelum zaman Kesultanan Sulu lagi. Aliran pemikiran dan perjuangannya cukup kalau saya katakan bersifat global dan kerohanian.

Apa tidaknya perkembangan dakwah Islamiah di Borneo Utara ini didominasi oleh golongan Syeikh dan Habib yang hampir keseluruhannya adalah masyarakat Suluk. Hanya sejak kebelakangan ini pengaruh anasir sifat mazmumah menjadi krisis sosial masyarakat Suluk.

Kerosakan ini telah membawah padah yang amat sangat kepada institusi kekeluargaan, pendidikan dan kebudayaan masyarakat Suluk. Hari ini mereka'dicop' sebagai kumpulan sama dengan pendatang Tanpa Izin (PTI) malah ada juga yang sanggup menolak taraf keperibumian Suluk dengan menghikis kalimah 'SULUK PERIBUMI SABAH' secara perlahan- lahan.

Kewujudan PUSAKA telah dilihat sebagai aset utama untuk membersihkan nama Suluk dan seterusnya membawa masyarakat Suluk ini keluar dari 'kotak' untuk sama- sama berjuang membangunkan Malaysia sebarisan dengan kaum lain di Malaysia amnya dan Sabah khususnya.

Apa yang penting ialah kesatuan dan komitmen masyarakat ini perlu bersatu. Bersatu dalam erti kata lain menyatupadukan akal dan minda dengan meletakkan undang- undang Tuhan di hadapan.

8 comments:

M.daiyon said...

Teruskan berjuang, mga taymanghud..

sahidzan said...

Yes, kita perlu bersatu. nda bersatu lama-lama hak pribumi tu akan hilang. Pendidikan anak-anak muda suluk mesti diberi keutamaan, itu yang penting. Dan kita perlukan satu persatuan yang kuat yang melambangkan hak pribumi tu ada. Seperti 'Suluk Pribumi Sabah' contohnya. Banyakkan aktiviti persatuan yang bekerjasama dengan media. Kalau kita ada golongan sasterwan atau penulis buku orang kita sendiri, buat lah satu buku tentang suluk sabah.

M.daiyon said...

Kalo boleh sampai ke tahap perfileman.. Adaptasi saja sejarah kita ke sebuah filem.. mesti gempak!

Anonymous said...

teruskaan usaha...selamat maju jaya...:)

diencaphelon said...

pantang larang kaum suluk ada?

Unknown said...

Mcm mana nk join persatuan ni..?? Sy pown suluk jg bha..

Unknown said...

Semua etnik suku kaum mang ada pantang larang msg2.. Bgtu jg ngn etnik suluk..patang larang ape yg kmu nk tau?

Unknown said...

sya mahu tahu pantang larang sebelum dan selepas bersalin kaum suluk...terima kasih..

Post a Comment