PAGTA'AYYUNAN

Saturday, February 5, 2011


Masyarakat Suluk seharusnya menggunakan peluang berpersatuan sebagai langkah penambahan ilmu pengetahuan disamping melanjutkan perjuangan nenek moyang untuk kebajikan seluruh umat di dunia.

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Bersatu teguh, bercerai roboh,

MESEJ DARI TUHAN

Friday, February 4, 2011

Kejadian tanah runtuh di merata tempat khususnya di Sandakan dilihat sebagai 'mesej' Tuhan kepada kita. Bencana dilihat sebagai satu teguran atau amaran Tuhan terhadap hamba-Nya yang engkar. Lihat sahaja bagaimana dahsyatnya Allah SWT memberi pengajaran kepada umat nabi Noh AS dengan menurunkan banjir paling besar di sunia disebabkan oleh kezaliman dan engkarnya mereka terhadap ajaran Islam. Hari ini, umat akhir zaman tidak terkecuali. kalau bukan kerana kasihnya Rasulullah kepada kita mungkin bencana demi bencana yang kita terima hari ini lebih dahsyat dari bencana yang diturunkan Allah kepada umat- umat para Nabi terdahulu.

Gejala buang bayi undang bala

Program- program yang mengundang bala Allah wajib diberkas. Masyarakat Sandakan dan umat Islam amnya harus sedar dan bersatu untuk bertindak. Para pemimpin pula harus tegas dan peka terhadap pembangunan kerohanian perlu diutamakan. Ibu bapa pula perlu mendalami kemahiran keibubapaan di dalam mendidik, membimbing dan mengasuh anak- anak mereka. Jika ini dapat dilaksanakan selaras denga kehendak Allah, saya yakin Sandakan menjadi tempat yang meperolehi keberkatan dan keampunan dari Allah.

Remaja guna peluang berpeleseran di bandar ketika program hiburan diadakan. Persoalannya, apakah program seperti ini boleh menjana belia beriman?

Kejadian tanah runtuh di lereng bukit masjid Sheikh Hasbullah Addhohiri baru-baru ini menyatakan lagi kemungkinan mesej Tuhan ini tidak boleh dipandang remeh. Tanah lumpur telah membanjiri semua sudut ruang dalam masjid ini. Sekali pandang kita tidak percaya namun itulah hakikatnya. Menurut tuan imam Nasran, Imam Masjid Sheikh Hasbullah Adhohiri, kejadian ini merupakan kedua terburuk selepas tragedi 1963. Peristiwa seperti ini juga pernah berlaku sekitar tahun 1968 dan 2008.

Mampukah kita merungkai masalah sosial umat kita, sedangkan kita sendiri memiliki jiwa yang kosong?

Umat Islam perlu kembali mengamalkan ajaran Allah. Solat perlu didirikan segera. Ilmu fardhu ain wajib dipelajari seterusnya amalan- amalan kebajikan sedia ada dipertingkatkan lagi demi untuk memperolehhi berakah dan kasih sayang Tuhan. Amalan bersuluk oleh para mujahid dan ulama' dahulu perlu dihidupkan semula di surau- surau dan masjid hatta di rumah sekalipun. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya. Marilah kita bersama- sama untuk mengamalkan ajaran Allah SWT. Kita khuatir 'mesej-mesej' berikutnya adalah notis yang terakhir untuk kita dan masa itu pintu taubat sudah tertutup rapat.

Jalan menuju maghfirah Allah senantiasa terbuka sehingga hari kiamat.

Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.
______________________________________________________