AKTIVITI PERSATUAN

Saturday, January 22, 2011

Kumpulan Linggisan dari persatuan

bersama YB datuk Tawfiq dan masyarakat Suluk di Tawau

muzakarah bersama pemimpin masyarakat

Pangalay ha agung

AKHIRNYA...

Terdaftarnya Persatuan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Suluk, Sandakan. Sabah (SULUK) bermakna bermulanya lagi satu sejarah baru masyarakat Suluk dalam usaha memperjuangkan budaya Suluk untuk dipelajari, diketahui dan diwarisi, Sebelum ini pun usaha oleh beberapa pengkaji budaya Suluk seperti Abdul Samad, Satria Abdul Karim, Sudin Maidin, Arsad termasuk penulis sendiri (Hatta Yunus@ Sawabi) rancak meniliti sejarah dan budaya masyarakat ini. Hampir keseluruhan pemerhatian diambil terus daripada individu berkaitan disamping mengunjungi beberapa lokasi sejarah yang belum pernah ditulis dan diketahui umum. Pengkajian ini turut mendapat perhatian dan kerjasama daripada pengkaji sejarah kepulauan Sulu seperti Asree Sulu, Neldy dan Aliazer.

Pengetahuan masyarakat umum tentang kebudayaan masyarakat Suluk hari ini amat terhad. Malah masih ada lagi yang turut memandang masyarakat ini sebagai bukan penduduk peribumi di Sabah. Lebih menyedihkan lagi ada yang terus mencaci dan melabel masyarakat ini sebagai "pilak" iaitu masyarakat hingusan dan berpeleseran. Ada juga yang mengaitkan masyarakat ini sebagai Abu Sayaf, pengganas dan penyeludup. Pandangan dan tanggapan yang meluluh ini wajib diperbetulkan. Bertepatan dengan bangkitnya satu semangat baru di kalangan masyarakat ini melalui persatuan SULUK diharap akan dapat merobah persepsi 'jahat' tersebut.



Sijil Persatuan SULUK diterima secara rasminya daripada Pegawai Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S.) Sabah dari Puan Mazliah Lahir

Penubuhan persatuan ini sememangnya sudah lama dinanti oleh masyarakat Suluk di Sandakan khasnya di Sabah. Jauh sebelum ini, persatuan ini telah bergerak dengan mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan secara tidak langsung samada menerusi undangan, atau pun menyertai beberapa acara Kerajaan bagi tujuan memperkenalkan kebudayaan Suluk di seluruh Malaysia dan dunia amnya. Antara penglibatan persatuan ialah:-
  1. Seminar Memartabatkan Sejarah Suluk anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak.
  2. Persembahan 'pangalay' di hari terbuka UMNO Bahagian Kudat.
  3. Program Jelajah Pusaka di Tanjung Batu, Kota Merudu.
  4. Program ziarah masyarakat Suluk di Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu.
  5. Mengadakan persembahan pangalay semasa majlis Kenduri Rakyat, Batu Sapi dihadiri oleh yang Berhormat Datuk Rais Yatim.
  6. Menghadiri majlis bersama Persatuan Kebajikan Bugis Sandakan Sabah.
  7. Program seminar Pemartabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Suluk di Tawau.
  8. Menyertai perarakan dan persembahan kebudayaan semasa festival kebudayaan di Tawau.
  9. Program kunjungan ke beberapa pemimpin politik dan bukan politik di Sabah

Bersama dengan Yang Berbahagia Datuk Amir Kahar bin Tun Mustapha

Persatuan ini juga sedang merangka untuk menerbitkan buletin bulanannya pada masa-masa akan datang. Tujuan penerbitan ini dibuat adalah untuk memberi penerangan telus tentang budaya Suluk kepada masyarakat umum. Disampingusaha untuk menerbitkan buletin, persatuan ini juga akan menerbitkan daftar kata Suluk dengan bimbingan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Usaha untuk melahirkan penulis di kalangan masyarakat Suluk juga sedang diusahakan dengan cara menyertai kursus dan bengkel penulisan dan program seminar yang dianjurkan sendiri oleh persatuan.


Bersama dengan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah

Persatuan ini akan berusaha untuk mencapai matlamatnya seterusnya menjadi inspirasi masyarakat Suluk dan kaum lain di Malaysia. Penubuhan persatuan ini langsung tidak berniat apa- apa melainkan ingin mendaulahkan semula Kebudayaan, Kesenian Warisan Suluk untuk masyarakat seluruh dunia.

Syabas dan tahniah atas penubuhan persatuan ini. Semoga perjuangan SULUK akan terus mendapat kejayaan dari masa ke semasa. AKHIRNYA KITA BERJAYA.