PANGALAY

Thursday, December 16, 2010



Pengalay merupakan salah satu lagi tarian tradisional kaum Suluk yang diwarisi sejak zaman berzaman. Pangalay berasal dari perkataan ‘alay’ (bahasa Suluk) yang bererti raih. Iaitu meraih tetamu di dalam sasuatu majlis keramaian, perkahwinan dan sambutan- sambutan khas bersama kaum lain.

Pangalay boleh ditari secara individu, berpasangan dan berkumpulan sama ada lelaki atau pun perempuan. Peralatan muzik terdiri daripada gong, kulintangan dan tambur.

Sebagai contoh, pangalay ha agung. Penari perempuan akan naik di atas gong untuk menari. Gong merupakan alat muzik kebesaran kaum Suluk. Pada zaman dahulu memiliki gong merupakan satu kebanggaan dan penghormatan kepada pemiliknya. Tujuan penari perempuan menari di atas gong ialah sebagai penghormatan tinggi kepada kaum wanita sebagai pasangan lelaki yang indah, unik, cantik dan penyayang. Penari lelaki pula akan memainkan peranannya sebagai lambang kuasa dan pelindung kepada kaum wanita. Keserasian penari sangat penting dalam pangalay ha agung kerana ia akan memberi kesan yang nyata kepada para penonton.

Hari ini pangalay telah mula mendapat tempat di setiap acara- acara atau pun majlis rasmi sebagai hiburan disamping ‘menghidupkan’ warisan budaya bangsa.

MENDALAMI SEJARAH SULUK

Saturday, December 11, 2010



Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Prof Madya Datuk Paduka Dr Rosli Saludin.

SUMBANGAN suku kaum pribumi yang tinggal di persisiran pantai timur Sabah terutama di daerah Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna, dalam menyebarkan agama Islam dengan menggunakan tulisan jawi dibangkit pada Seminar Memartabatkan Keagungan Sejarah Suluk.

Timbalan Speaker Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Armani Mahiruddin, mencadangkan tulisan jawi yang diguna pakai orang Suluk suatu ketika dulu bagi menyampaikan ilmu agama dihidupkan semula.

“Sejarah Suluk khususnya dan Sabah amnya perlu diletakkan di tempat yang unggul dan terbilang di mata dunia dan keunikan budaya Sabah perlu ditonjolkan pada persada antarabangsa,” katanya ketika merasmikan seminar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, baru-baru ini.

Seminar anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa UPSI, membabitkan pembentangan kertas kerja Perbandingan Orang Suluk Sabah dengan orang Minangkabau di Negeri Sembilan oleh Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Prof Madya Datuk Paduka Dr Rosli Saludin.



Encik Hatta Yunus@ Sawabi, Presiden PUSAKA

Prof Madya Dr Talib Samat membincangkan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun: Bapa Kemerdekaan dan Pembangunan Sabah, Dr Ab Rahman Ab Rashid (Datu Paduka Mat Salleh, Pahlawan Terbilang Melayu Sabah); Nelly Gilob (Sejarah Asal Usul Suluk dan Kadazandusun), Nordiana Ab Jabar (Islam di Suluk); Yasmin Rosalind Mohd Hairi (Kepelbagaian kebudayaan suku kaum Suluk di Sabah) dan Hatta Yunus Sawabi (Masyarakat Suluk: Cabaran dan Masa Depan).

Beliau yang juga Yang Dipertua Alumni SMK Elopura Sandakan (Pengistilahan Bahasa Suluk di Sabah).

Armani pada seminar bertema Membangkitkan Sejarah Yang Terendam bercadang mengusulkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman untuk memberi peruntukan membina perkampungan tradisi Suku Suluk dan muzium Khas Suku Suluk.
“Ini akan memudahkan pengunjung luar Sabah khususnya dari Semenanjung Malaysia untuk mendalami suku Suluk di Sabah yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan sektor pelancongan di Negeri Sabah,” katanya.

Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof Madya Dr Nor Azmi Mostafa berkata, seminar itu adalah kesinambungan program ‘Jelajah Masyarakat Suluk Sabah’ yang diadakan pada 29 Jun hingga 1 Julai lalu, di Sandakan Sabah.

“Dalam melihat sejarah sesuatu bangsa, ia perlu disusuli dengan ketinggian akal budi yang tidak didominasi oleh perasaan kita dalam menilai aspek tertentu. Masih banyak yang perlu dikaji dan diteliti mengenai Sejarah orang-orang Suluk di Sabah sehingga merentasi lautan Sulu.



“Ketinggian semangat patriotisme orang Suluk bukan saja hadir dalam diri orang Suluk, malahan turut diterapkan dalam diri suku kaum lain yang berada di Sabah dan Kepulauan Sulu, “ katanya pada seminar yang turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional budaya Sabah oleh pelajar UPSI.

Seminar terbabit bertujuan menyingkap kembali sejarah asal usul keturunan Suluk, mendedahkan tentang adat, budaya, kesenian, longhat, sikap dan pemikiran bangsa suluk serta memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk mengenali masyarakat Suluk secara lebih dekat.
Oleh Ihsan Noorzali/ bhsastera@nstp. com.my/2010/09/27

HIJRAH SULUK

Monday, December 6, 2010


Paradigma baru mampu membina inovasi bangsa yang murni, dedikasi, berdaya saing dan berilmu. Masyarakat Suluk kini sudah mampu memiliki daulahnya sendirinya yang unggul berdasarkan kepada 'kuasa'nya lama dahulu.

Masyarakat ini wajib berhijrah dari pemikiran yang jumud, ke arah peningkatan akal dan ilmu melalui 5 prinsip asas utama karisma bangsa:

  1. Sabar
  2. Usaha
  3. Luhur
  4. Utuh
  5. Karisma
Selamat menyambut Ma'al Hijrah

MASYARAKAT SULUK DIGESA BERSATU

Sunday, December 5, 2010


Masyarakat Suluk adalah peribumi utama di Sabah. Kewujudannya terbukti sejak sekian lama jauh sebelum zaman Kesultanan Sulu lagi. Aliran pemikiran dan perjuangannya cukup kalau saya katakan bersifat global dan kerohanian.

Apa tidaknya perkembangan dakwah Islamiah di Borneo Utara ini didominasi oleh golongan Syeikh dan Habib yang hampir keseluruhannya adalah masyarakat Suluk. Hanya sejak kebelakangan ini pengaruh anasir sifat mazmumah menjadi krisis sosial masyarakat Suluk.

Kerosakan ini telah membawah padah yang amat sangat kepada institusi kekeluargaan, pendidikan dan kebudayaan masyarakat Suluk. Hari ini mereka'dicop' sebagai kumpulan sama dengan pendatang Tanpa Izin (PTI) malah ada juga yang sanggup menolak taraf keperibumian Suluk dengan menghikis kalimah 'SULUK PERIBUMI SABAH' secara perlahan- lahan.

Kewujudan PUSAKA telah dilihat sebagai aset utama untuk membersihkan nama Suluk dan seterusnya membawa masyarakat Suluk ini keluar dari 'kotak' untuk sama- sama berjuang membangunkan Malaysia sebarisan dengan kaum lain di Malaysia amnya dan Sabah khususnya.

Apa yang penting ialah kesatuan dan komitmen masyarakat ini perlu bersatu. Bersatu dalam erti kata lain menyatupadukan akal dan minda dengan meletakkan undang- undang Tuhan di hadapan.

AKTIVITI BERGAMBAR PUSAKA SEPANJANG TAHUN

Bersama pemimpin di Kota Merudu di Majlis Aidil Fitri

Memperolehi peralatan kulintangan sendiri.

Meneliti pakaian dan kitilan

Persembahan khas Gabbang dari Pak gabbang.

Ziarah makam pemimpin Sabah.

Di makam Allahyarham Tun Mustapha (pejuang kemerdekaan Malaysia).

Majlis pertemuan Rakan faceBook SULUK D'BORNEO di majlis teater muzika Tun Mustapha.

Saf penggerak wadah perjuangan masyarakat Suluk.

Bersama Felix AF

Bersama generasi Tronglit di Pulau Timbang

Bersama penulis jati anak Matunggong dan tukang pembuat gong di kampung Sumangkap.

Menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli Linggisan PUSAKA di majlis kesyukuran

Johari penggiat seni di Sandakan menerima sijil penghargaan di majlis yang sama.

Ahli Linggisan PUSAKA

Bersama Datuk Amir Kahar dan Datin Aminah dengan pakaian pis/ habul tyahian.

Presiden PUSAKA memakaiakan pis kepada Datuk Amir sebagai tanda penghormatan PUSAKA kepada beliau untuk perjuangan ayahandanya Allahyarham Tun.

Segak dengan pis.

Seminar Memartabatkan Masyarakat Suluk di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Menjejak warisan di Tanjung Batu

Rombongan perintis pertama ke Kota Merudu dalam menjejak pusaka warisan.

IJAZAH TASBIH

Friday, March 19, 2010

gambar beramai- ramai untuk kenangan

Presiden PSB bersama Datuk Hj Pangeran Abd. Rahman
Al Fadhil ustaz Bakhtiar membacakan sanad Tasbih

Khalifah Suluk, Presiden PSB menerima tasbih daripada al fadhil ustaz Bakhtiar

Qasidah salawat ke atas Rasul junjungan.

PSB HADIRI MAJLIS RATIB AL HADDAD DAN QASIDAH BURDAH

Wednesday, March 10, 2010

Sesi bergambar

Qasidah Burdah

Presiden PSB bersama Syeikh Habib

Syed Ridzuan mengetuai qasidah

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddadlah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661)."

Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya."

PEMIMPIN YANG DIPILIH

Friday, February 26, 2010

Manusia yang memahami hakekat kepimpinan dan kepemimpinan seharusnya tidak perlu merasa gusar apabila tidak dipilih menjadi pemimpin. Umumnya kita sama- sama mengetahui bahawa menjadi pemimpin itu bermakna memikul sejuta tanggungjawab untuk rakyat dan negaranya.
Rasulullah SAW seorang yang membawa sejuta peradaban akhlak yang tinggi, spiritual dan integriti nasional yang hebat. Kebijaksanaan, kejujuran, kesopanan, keikhlasan, hubungannya dengan Allah SWT, alam dan manusia lain menggamit rasa hati sesiapa sahaja yang mengenali baginda. Justeru itu Allah SWT memimpinnya menjadi Nabi dan Rasul untuk sekalian umat manusia dan penghuni alam semesta yang lain. Rasulullah tidak meminta untuk dilantik menjadi pemimpin dan baginda juga tidak sesekali meminta masyarakat untuk memilihnya menjadi pemimpin. Hakikatnya Rasulullah SAW dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi pemimpin. Setiap yang dikehendaki oleh Allah SWT pastinya akan dituruti dan diikuti oleh hamba- hambaNya juga. Jika Allah menghendaki seseorang itu menjadi pemimpin maka secara automatisnya kita wajib mengikuti pemimpin berkenaan.

Rumusnya ialah, pemmpin pilihan Allah sudah tersedia segala keperluannya ertinya pemimpin ini hanya perlu melaksanakan amanat Allah SWT. Hari ini, sesiapa yang ingin menjadi pemimpin perlu melaksanakan tuntutan Allah SWT iaitu dengan menunaikan perintahNya serta mencegah segala bentuk laranganNya. Menjadikan al Quran dan Asunnah sebagai panduan hidupnya dan solat sebagai 'paksi' utama dalam kepimpinanannya. Apabila tuntutan ini dapat ditunaikan, maka rakyatnya akan datang meminta naungan perlindungan dan bimbingan, rezekinya bertambah iaitu harta modal untuk memimpin akan diberikan oleh Allah SWT. Wujud negara berdaulah dan mendapat keampunan dari Allah SWT (Baldatun Tayibah wa rabbn ghafur). Al Ma'unah Allah SWT senantiasa menyusul, guna untuk melindunginya dari kejahatan manusia lain.

Firman Allah SWT:
"Dan kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar, dan adalah mereka meyakini ayat- ayat Kami" (As-sajadah:24).
Tujuh sifat yang harus ada pada pemimpin:
  1. at-Taaibuuna (senantiasa bertaubat kepada Allah)
  2. al- 'aabiduuna (senantiasa beribadah)
  3. al- haamiduuna (senantiasa bertahmid dan berzikir)
  4. as- Saaihuuna (mengamalkan puasa wajib dan sunat)
  5. ar- Raaki'uuna ( menunaikan Solat fardhu dan sunat)
  6. al- amiruuna bilma'rufi wannahuuna 'anilmungkari (menyeru perbuatan ma'ruf dan mencegah perbuatan mungkar)
  7. al- haafizuuna lihuduudillaah (memelihara hukum- hukum Allah)

Kesimpulannya, sebagai manusia asas ketertiban hukum Allah perlu ditunaikan terlebih dahulu. InsyAllah al-ma'unah Allah SWT akan menyusul kemudian. Sesungguhnya pemimpin yang dipilih oleh Allah SWT lebih barakah berbanding dengan pilihan manusia. Wallahu'alam.

HAK SEJARAH

Monday, February 22, 2010

mengimbau sejarah bangsa

PSB dalam beberapa hari ini menjejaki kesan sejarah bangsa Suluk di Borneo dan di beberapa lokasi berkaitan. Menarik dalam kajian ini, bangsa Suluk tidak boleh dipisahkan dari Islam. Islam telah dibawah masuk ke Sulu melalui Malabar oleh oleh keturunan Rasulullah S.A.W.

Menerusi penemuan cerita- cerita lisan dari beberapa orang yang kami temui menyatakan bahawa perpecahan umat Islam bermula dari perasaan hasad dengki dan sifat tamak individu khususnya mereka yang berpengaruh. Antara mazmumah yang membelennggu mereka;

  1. Meninggalkan asas ilmu pembentukan integriti bermula dari ilmu mengenal Allah sehinggalah ke ilmu junub isntinjak.
  2. Menafikan hak milik individu tertentu dengan tujuan untuk menjadikan milik berkenaan menjadi miliknya. Ini meliputi harta waris dan 'gulalan'.
  3. Sanggup bersekutu dengan musuh Islam untuk kepentingan diri.

Dalam perkara lain pula PSB bersyukur sangan kepada Tuhan amin nag Papanjari ha manga epun nya memberikan PSB 'tanda' keinsafan yang sangat besar untuk bangsa Suluk amnya. Tanda- tanda tersebut:

  1. Jurai umat Suluk dari awal Kesultanan Sulu dan pertemuan jurai ini dengan jurai Ahlul Bait, Kesultanan Melayu sehingga ke Aceh.
  2. Harta pusaka seperti barong, bujak, kalis Sundang lama yang berusia hampir beratus tahun.
  3. Pertemuan PSB dengan beberapa hamba Allah yang menjadi 'khazanah' keagungan Suluk.
  4. Rantaian lokasi jejak keturunan Suluk bertabur merata di benua Nusantara.
  5. Musnahnya 'kota' musuh Islam. Ini mengingatkan saya dengan kelahiran Rasulullah SAW yang mana ketika Baginda dilahirkan berhala Uzza dan Latta tersungkur jatuh dan Api yang tidak pernah padam telah padam.
  6. Khabar perseorangan mengenai daulat Borneo dari dahulu sehingga kini.
  7. Timbulnya kesedaran di kalangan umat Suluk untuk kembali bersatu atas nama Islam.
  8. Suluk menemui sejarahnya yang 'disembunyikan'.

PSB berdoa sepenuhnya kepada Allah SWT agar dipermudahkanNya segala urusan PSB dan umat Islam seluruh dunia. Sesungguhnya bahtera 1 Malaysia menjadi satu hikmah yang sangat kuat untuk umat Islam khususnya Suluk maju ke hadapan setanding dengan bangsa lain di dunia. ALLAHUAKBAR!

TEROWONG MASA

Tuesday, February 16, 2010

Perkongsian idea dan pandangan teras kepada pembentukan fakta

SEJARAH BORNEO UTARA SEHINGGA 1881

Sejarah Borneo Utara Sehingga 1881

HAKIKAT BERSATU

Wednesday, January 27, 2010


Kesatuan ummah hanya dapat dicapai dengan 3 perkara tunjang utama; iaitu, Islam, Iman dan Ihsan. Ia merupakan rangkaian kuasa yang indah bahkan menjadi aset penting dalam sosio pembentukan budaya. Rasulullah SAW merupakan teladan yang terbaik. Baginda mengetengahkan Islam di tengah- tengah jahiliah. Peradaban masyarakat Arab cukup kucar kacir, hidup berpuak- puak dan mengalami sistem hidup yang sangat hina dari sudut pandangan Islam. Alhamdulillah, Islam jua yang telah menyelamatkan mereka.....

KENAPA RASA TERSISIH?

Masyarakat Suluk mendahului sejarah kependudukan di Borneo.

Saya tertarik untuk menulis perihal laku- laku orang- orang Suluk di Malaysia. Dalam artikel saya suatu masa dahulu, saya pernah menyatakan orang- orang Suluk di Malaysia sudah ramai yang tidak tahu berbahasa Suluk. Banyak respon yang saya terima. Ada yang bersetuju dan tidak bersetuju malah ada juga yang terus tertekan menahan malu dan segan pada dirinya sendiri. Tujuan saya adalah untuk mengajak orang- orang Suluk kembali menghayati sejarah dan budaya mereka sendiri. Sejarah Suluk sangat panjang dan ia memiliki inti pati yang cukup untuk dibanggakan (kalau kita menelaah semula sejarah Suluk di Sabah khususnya).

Cuba perhatikan di sekeliling kita, ramai sudah orang Suluk yang berjaya dalam hidup mereka. Ada yang jadi pemimpin, ahli koperat, pendidik dan tidak kurang juga yang memiliki syarikat- syarikat usahawan dan aktif dalam khidmat masyarakat.

Malah Amy Search artis rock nombor satu di Malaysia dikatakan berbangsa Suluk, dan ada banyak lagi artis Malaysia yang berketurunan Suluk (lawati http://tausug-global.blogspot.com/ )

Saya seringkali mengajak rakan- rakan saya yang berbangsa Suluk di Malaysia ini agar menyertai persatuan ini. Tujuannya untuk mengangkat budaya dan tamadun Suluk itu sendiri. Malang sekali sebahagiannya menolak dengan alasan tidak mahu di'cop' sebagai Abu Sayaf atau Pendatang Asing (PATI).
Apakah orang- orang Suluk itu Abu Sayaf? Apakah orang- orang Suluk itu PATI? Saya sekeras- kerasnya akan menolak tanggapan sedemikian. Sebarang tanggapan negatif terhadap Suluk wajib disangkal dan ditolak. Memang Abu Sayaf itu Tausug/ Suluk tetapi kumpulan ini tidak mewakili orang- orang Suluk. Maka mengapa pula kita berasa sebahagian daripada mereka? Mereka pun tidak kenal dengan kita. Kita pun tidak kenal dan tidak pernah pun berjumpa dengan mereka! dengan Abu Sayaf kita benar- benar perasan kita sebahagian dari mereka TETAPI bagaimana dengan Paduka Mat Salleh dan Datu Tating pahlawan Suluk yang terkenal kita tidak mem-perasankan pun diri kita sebahagian dari mereka?


suatu masa dahulu etnik- etnik lain di Sabah dipercayai dibawah naungan Kesultanan Sulu .

Sebelum kita me'nuduh' orang Suluk adalah PATI. Saya syorkan elok buka buku sejarah masyarakat Sulu dan Kesultanannya. Kewujudan orang- orang Suluk di Borneo diakui sudah berabad- abad lamanya. Malah sejarahnya lebih lama dibandingkan dengan sejarah etnik lain di Sabah. Orang- orang Suluk di Sabah sudah wujud lebih lama sebelum kedatangan Cina dan India di Tanah Melayu. Malah catatan sejarah menyatakan pendokong ilmuwan dan pembawa obor Daulah Islamiah di Sabah adalah dari kaum Suluk. Syeikh Hasbullah Attahiri dikatakan pendakwah Islam dari kaum Suluk peranakan Arab dari Yaman di Sandakan. Dikatakan juga Sandakan pada masa itu adalah kedua terhebat selepas Acheh dalam perkembangan dakwah Islam Nusantara. Masyarakat Sulu sering datang ke Sandakan untuk menuntut ilmu dari beliau. Dan pusat penuntutan ilmu Islam itu terletak di atas bukit pinggir pantai iaitu masjid bandar Sandakan yang ada sekarang ini.

Hubungan Sulu dan Borneo bukan sahaja dilihat dari sudut perdagangan lebih dari itu Borneo adalah sebahagian daripada pemerintahan Kesultanan Sulu. Dahulu orang- orang Suluk di Sulu dan Filipina bebas berulang alik dari Sulu ke Borneo sehinggalah Borneo menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Undang- undang pun dimeterai termasuk 'menafikan' hak orang- orang Sulu di kepulauan Sulu di Borneo. Akhirnya orang- orang Sulu yang datang ke Borneo tanpa keterangan/ dokumen yang sah selepas itu dikira PATI. Orang- orang Sulu dari kaum Suluk yang terus menetap di Borneo mendapat taraf kewarga negaraan dan Suluk juga merupakan peribumi asli di Borneo. Namun kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini masih membayar gadaian Borneo sebanyak RM 5000 kepada pewaris Kesultanan Sulu.

Apakah dengan sedikit kisah ini, kita masih terus melihat Suluk sebagai virus jahat di Sabah? Orang- rang Suluk memiliki sejarah gemilang yang harus dikaji dan dibanggakan bersama. Jangan takut kepada bayang- bayang sendiri, kerana kemungkinan bayang- bayang itu adalah pembela kita di akhir zaman. Zaman kebangkitan Islam di Nusantara!

JASANYA DIKENANG SEPANJANG ZAMAN


APABILA bercerita tentang Masjid Bandaraya atau lebih dikenali sebagai masjid SDA, nama Tun Datu Mustapha Datu Harun pasti akan disebut. Namun tidak ramai yang tahu lebih lanjut latar belakang beliau dan apakah sumbangan besarnya kepada perkembangan Islam di negeri ini. Tun Datu Mustapha yang mempunyai sembilan adik-beradik dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat, Sabah.

Beliau yang digelar Bapa Kemerdekaan Sabah dan Bapa Pembangunan Sabah merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga.

Sumbangan beliau kepada negeri ini amat besar, malah tidak dapat dinafikan lagi tiada individu tertentu yang boleh dikaitkan dengan kemerdekaan Sabah melainkan Tun Mustapha.

Perjalanan ke arah kemerdekaan bermula apabila Tun Mustapha yang mewakili Sabah menghantar memorandum cadangan kepada Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan British untuk mengenalpasti keinginan sebenar rakyat jajahan British di Borneo menyertai Malaysia.

Impian mencapai kemerdekaan ini menjadi kenyataan apabila proklamasi Akta Malaysia yang dibuat pada 16 September 1963 dibaca di Padang Bandaran Kota Kinabalu.
Tun Mustapha turut dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri dari 16 September 1963 hingga 15 September 1965, menandakan permulaan era pembangunan Sabah.

Dalam sinar perkembangan Islam di negeri ini jasa beliau yang paling ketara adalah usaha menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, selain Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Abdullah Hussin, keputusan masyarakat Islam Sabah yang diketuai Tun Mustapha untuk menyertai Persekutuan Malaysia dipengaruhi oleh kesedaran tentang nasib dan masa depan umat Islam di negeri ini.

Dalam sinar perkembangan Islam di negeri ini jasa beliau yang paling ketara adalah usaha menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, selain Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Abdullah Hussin, keputusan masyarakat Islam Sabah yang diketuai Tun Mustapha untuk menyertai Persekutuan Malaysia dipengaruhi oleh kesedaran tentang nasib dan masa depan umat Islam di negeri ini.

Dengan penyertaan ke dalam Malaysia, nasib umat Islam di negeri ini akan mendapat perhatian daripada saudara-saudara Islam di negeri-negeri lain di Malaysia.
Selain itu katanya, selepas penubuhan Malaysia, Mustapha adalah individu yang berusaha keras menubuhkan USIA. Ia menggabungkan persatuan-persatuan Islam yang wujud di Borneo Utara menjadi sebuah persatuan yang besar dan kuat.

Langkah pertama Mustapha ke arah merealisasikan penubuhan USIA ialah mengundang tiga persatuan Islam utama iaitu Persatuan Islam Tawau, Persatuan Islam Putatan dan Persatuan Islam Sabah menghadiri Kongres Masyarakat Islam pada 14 Ogos 1969 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Jelasnya, kongres tersebut kemudiannya berjaya mewujudkan United Sabah Islamic Association (USIA) yang kemudiannya didaftarkan pada 10 Oktober 1969.

Abdullah memberitahu, sejurus selepas penubuhan USIA, Mustapha yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua USIA telah menjalankan pelbagai program dakwah Islam di seluruh negeri.
"Keberkesanan dakwah USIA di bawah kepimpinan Mustapha telah berjaya menarik lebih 70,000 orang penduduk Sabah memeluk Islam.

"Sekali gus membawa kepada pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi di Sabah, tanpa menghalang kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing," kata Abdullah.

Beliau berkata, pembelian bangunan gereja SDA di Kota Kinabalu merupakan satu lagu usaha berani Mustapha dalam memartabatkan Islam di negeri ini.
Tambahnya, sejak diambil alih USIA, bangunan bekas gereja SDA itu kini menjadi pusat pelbagai aktiviti Islam, khususnya bagi kemudahan warga kota yang beragama Islam untuk menunaikan solat.

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman/ Utusan Malaysia

MESEJ BERJAYA

Tuesday, January 26, 2010

antara pengunjung yang datang menyaksikan persembahan
Pangalay warisan dari 'orang berzaman'
Generasi baru dipupuk agar mencintai budaya sendiri
Bergambar beramai-ramai untuk kenangan

Hari ini Kumpulan Budaya mengakhiri 'showcase'nya di Plaza Sungei Wang. Ramai pengunjung yang datang menyaksikan persembahan Pangalay Ha Agung. Apa yang menyentuh perasaan kami ialah sambutan mesra yang diberi oleh seorang lelaki peranakan Arab brother Abdul Rahim Abdullah yang terus berada di tempat lokasi sehingga kumpulan Budaya balik ke penginapan. Pulau Pinang, Melaka dan Johor turut mempersembahkan tarian tradisi mereka di majlis ini.

Dari beberapa 'showcase' yang diatur oleh pihak Jabatan Kesenian dan Warisan semuanya telah dimanfaatkan oleh kumpulan ini. Mesej kumpulan ini untuk mengangkat daulah budaya bangsa Suluk jelas memaparkan kesinambungan warisan ini harus dipupuk dan dipulihara dengan nilai estetika yang tinggi satu fikrah, satu budaya.