PUSAKA bersama Program OUTREACH ROS, Negeri Sabah
Monday, November 26, 2012Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 1:05 AM
PANGALAY HA AGUNG
Friday, February 17, 2012Sebaik sahaja lisagan kulintangan, gendang dan paluan gong dimainkan bersatu dalam satu rentak yang padu, seorang gadis dengan lembut melangkah masuk ke tengah majlis menyusun langkah dengan gerak tari lembut bagai seekor burung helang terbang tinggi.
Tidak lama selepas itu dengan gerak rentak yang tangkas seorang lelaki melangkah masuk membawa gong lalu menari bersama gadis itu.
Seketika, penonton terpegun apabila gadis itu naik dan mulai menari di atas gong dengan lembut dan sesekali dia meningkih di atasnya.
Itulah keunikan dan keistimewaan tarian ‘pangalay ha agung’ (pangalay gong) yang merupakan antara tarian tradisional masyarakat suku kaum Suluk di daerah Sandakan.
Dalam bahasa Suluk, pangalay berasal dari perkataan ‘alay’ yang membawa maksud rai yakni merai tetamu atau pembesar di sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan, keramaian, majlis rasmi kerajaan dan merai pembesar-pembesar yang datang berkunjung ke kampung-kampung masyarakat Suluk.
Selain pangalay gong, terdapat juga beberapa lagi tarian pangalay lain yang menjadi lambang suku kaum Suluk seperti pangalay tempayan, pangalay talam, pangalay bambu, pangalay jin dan pangalay junjung gelas atas kepala. Mamansak (memancak), mengeluk dan linggisan juga dikatakan dalam kumpulan pangalay.
Bagi pangalay gong ia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Selain pantang larang dan tatatertib, seorang penari pangalay harus memiliki ketenangan fikiran yang kuat agar dia boleh menjiwai tarian tersebut.
Antara pantang larang yang terdapat dalam tarian ini ialah hanya penari perempuan sahaja yang dibenarkan menari di atas gong. Sementara penari lelaki menari di sekelilingnya sambil ‘manangbay’ penari perempuan di atas gong berkenaan.
Pada zaman dahulu, gong merupakan salah satu alat kebesaran para pembesar suku kaum Suluk. Gong besar juga digantung di dalam rumah pembesar sebagai tanda kepimpinan, kehormatan dan keberanian. ‘Agung’ dalam bahasa Suluk ialah salah satu alat muzik utama berbentuk bulat dan berbenjol di tengah yang dipanggil gong dalam bahasa Melayu. Selain daripada itu gong bagi masyarakat Suluk juga bermaksud ketangkasan, kehandalan, keutamaan, keadilan dan kesejahteraan. Para pembesar dahulu juga menjadikan gong sebagai alat untuk memberitahu masyarakat jika ada sesuatu penngumuman dibuat. Gong ini dikenali sebagai gong pagtatawag. Selain itu dalam masyarakat Suluk jika ada kematian gong akan dipalu sebagai pemberitahuan kepada jiran tetangga dan penduduka kampung amnya bahawa berlaku kematian.
Gong dikatakan mempunyai kaitan dengan wanita Suluk. Masyarakat Suluk turut memandang tinggi darjat wanita. Ini sesuai dengan perintah agama bahawa kaum lelaki harus menghormati dan meletakkan wanita itu di tempat yang sepatutnya.
Berikutan dengan perkara inilah penari wanita sahaja yang dibenarkan menari di atas gong dengan tujuan untuk memberi penghormatan di tempat yang agung seperti gong. Lelaki tidak dibenarkan disebabkan; sebagai golongan yang memberi penghormatan tempat tidak harus baginya pula bersama-sama di tempat itu.
Presiden Persatuan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Suluk (PUSAKA), Hatta Yunus @ Sawabi yang mesra dengan panggilan guru, berkata tarian pangalay gong ini mempunyai mesej dan cerita tentang perpaduan, keharmonian dan keagamaan.
Menurutnya, penari pangalay lazimnya akan di’biat’ yakni diberi ilmu khusus tentang tatatertib, kesopanan disamping adat yang perlu dijaga semasa menari di khalayak ramai oleh seseorang yang mahir tentang tarian ini.
“Biat merupakan kunci utama seorang penari pangalay. Tanpa ‘biat’ penari sukar untuk menjiwai tarian, sukar untuk bersatu dengan rentak muzik dan mesej yang akan disampaikan itu tidak akan sampai kepada penonton. Penonton akan mulai bosan dan yang sedihnya penari akan menari tanpa tujuan’, tambah beliau.
Pakaian bagi penari perempuan ialah baju kuput/batawi atau sablay, seluar sawwal dan habul tiyahian (sejenis kain yang ditenun) di’kendang’ di bahu. Hiasan penari ini terdiri daripada janggay yang dipakai disetiap jejari penari dan manakala hiasan di bahagian kepala seperti untaian rantai emas atau mutiara.
Manakala bagi penari lelaki memakai baju lapi’ berlapis baju senglet putih dan berseluar birinu yakni sejenis seluar yang berbelah di hujung hadapan seluar serta memakai pengikat kepala yang dipanggil pis. Alat yang dibawa semasa tarian ialah sebuah gong besar yang sesuai untuk dinaiki oleh penari perempuan.
Tarian pangalay gong ini ditari secara berpasangan lelaki dan wanita atau berkumpulan.
Peralatan muzik yang mengiringi gerak tari pengalay ini ialah kulintangan, gong dan tambur. Pembahagian bagi pemain alat ini seperti berikut, seorang untuk kulintangan, seorang untuk tung-tung, seorang untuk gendang dan dua orang untuk gong.
Tertib bagi pukulan akan didahului oleh kulintangan kemudian gendang dan terakhir menyusul ialah gong. Penari hanya akan masuk menari jika semua peralatan tersebut telah dimainkan.
Sungguhpun rentak muzik pangalay ini cepat namun gerak tariannya begitu lembut, perlahan bagai seekor burung helang yang terbang.
Tarian ini sememangnya amat jarang sekali ditonton di khalayak ramai apatah lagi di majlis- majlis tertentu. Kurangnya minat sebahagian generasi muda kini terhadap tarian tradisional Suluk ini merupakan antara faktor yang menyebabkan tarian ini mulai ‘pupus’.
Bertolak daripada ini Persatuan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Suluk Sandakan (PUSAKA) dengan pimpinan Hatta bin Yunus@ Sawabi dibantu oleh Samad bin Batua mengambil resiko besar untuk mengangkat semula pangalay ini ke tengah masyarakat. Bermula tahun 2004 pangalay ini mulai diketengahkan di majlis- majlis keramaian. Berkat dengan usaha dan kerjasama semua ahli akhirnya pada tahun 2009 tarian pangalay gong telah diberi peluang untuk membuat persembahan di Festival Tarian Kebangsaan di Kuala Lumpur dan pada tahun 2011 di Festival Kebudayaan Antarabangsa di Tawau.
Sebagai persatuan yang berdaftar PUSAKA ini kini bergiat aktif untuk mengangkat semua tarian pangalay menerusi program yang dianjurkan sendiri oleh PUSAKA dan agensi-agensi kerajaan seperti bengkel tarian dan muzik, latihan berkala, seminar kebudayaan, pencarian bakat pangalay dan disamping itu PUSAKA juga mengadakan program berkaitan dengan persatuan-persatuan etnik yang lain.
‘PUSAKA tidak sahaja setakat untuk mengangkat kebudayaan Suluk lebih daripada itu fokus untuk penerbitan buku tradisional Suluk, pendidikan, ekonomi dan keagamaan turut ditekankan bagi melahirkan generasi yang berbudaya luhur selaras dengan kehendak kerajaan Malaysia menerusi modal insan yang berkualiti.’ kata guru Hatta.
‘Antara cita-cita PUSAKA ialah mewujudkan rumah budaya kaum Suluk dengan aktiviti-aktiviti budaya merangkumi tarian, makanan, pakaian dan adat istiadat yang berkaitan dengan Suluk. Rumah budaya Suluk ini tidak sahaja dapat mengekalkan budaya Suluk lebih daripada itu ia akan menjadi salah satu lagi daya tarikan pelancong di daerah Sandakan khususnya.’ tambahnya dengan penuh syukur.
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 5:57 AM
KUNJUNGAN SILATURRAHIM KE BAWAH TYT NEGERI SABAH
Tuesday, April 19, 2011Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 7:56 PM 0 comments
MESEJ DARI TUHAN
Friday, February 4, 2011Program- program yang mengundang bala Allah wajib diberkas. Masyarakat Sandakan dan umat Islam amnya harus sedar dan bersatu untuk bertindak. Para pemimpin pula harus tegas dan peka terhadap pembangunan kerohanian perlu diutamakan. Ibu bapa pula perlu mendalami kemahiran keibubapaan di dalam mendidik, membimbing dan mengasuh anak- anak mereka. Jika ini dapat dilaksanakan selaras denga kehendak Allah, saya yakin Sandakan menjadi tempat yang meperolehi keberkatan dan keampunan dari Allah.
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 8:44 PM 0 comments
AKTIVITI PERSATUAN
Saturday, January 22, 2011Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 6:03 PM 0 comments
AKHIRNYA...
Pengetahuan masyarakat umum tentang kebudayaan masyarakat Suluk hari ini amat terhad. Malah masih ada lagi yang turut memandang masyarakat ini sebagai bukan penduduk peribumi di Sabah. Lebih menyedihkan lagi ada yang terus mencaci dan melabel masyarakat ini sebagai "pilak" iaitu masyarakat hingusan dan berpeleseran. Ada juga yang mengaitkan masyarakat ini sebagai Abu Sayaf, pengganas dan penyeludup. Pandangan dan tanggapan yang meluluh ini wajib diperbetulkan. Bertepatan dengan bangkitnya satu semangat baru di kalangan masyarakat ini melalui persatuan SULUK diharap akan dapat merobah persepsi 'jahat' tersebut.
Sijil Persatuan SULUK diterima secara rasminya daripada Pegawai Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S.) Sabah dari Puan Mazliah Lahir
Penubuhan persatuan ini sememangnya sudah lama dinanti oleh masyarakat Suluk di Sandakan khasnya di Sabah. Jauh sebelum ini, persatuan ini telah bergerak dengan mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan secara tidak langsung samada menerusi undangan, atau pun menyertai beberapa acara Kerajaan bagi tujuan memperkenalkan kebudayaan Suluk di seluruh Malaysia dan dunia amnya. Antara penglibatan persatuan ialah:-
- Seminar Memartabatkan Sejarah Suluk anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak.
- Persembahan 'pangalay' di hari terbuka UMNO Bahagian Kudat.
- Program Jelajah Pusaka di Tanjung Batu, Kota Merudu.
- Program ziarah masyarakat Suluk di Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu.
- Mengadakan persembahan pangalay semasa majlis Kenduri Rakyat, Batu Sapi dihadiri oleh yang Berhormat Datuk Rais Yatim.
- Menghadiri majlis bersama Persatuan Kebajikan Bugis Sandakan Sabah.
- Program seminar Pemartabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Suluk di Tawau.
- Menyertai perarakan dan persembahan kebudayaan semasa festival kebudayaan di Tawau.
- Program kunjungan ke beberapa pemimpin politik dan bukan politik di Sabah
Bersama dengan Yang Berbahagia Datuk Amir Kahar bin Tun Mustapha
Persatuan ini akan berusaha untuk mencapai matlamatnya seterusnya menjadi inspirasi masyarakat Suluk dan kaum lain di Malaysia. Penubuhan persatuan ini langsung tidak berniat apa- apa melainkan ingin mendaulahkan semula Kebudayaan, Kesenian Warisan Suluk untuk masyarakat seluruh dunia.
Syabas dan tahniah atas penubuhan persatuan ini. Semoga perjuangan SULUK akan terus mendapat kejayaan dari masa ke semasa. AKHIRNYA KITA BERJAYA.
Posted by PERSATUAN SULUK (PUSAKA) at 4:19 PM 2 comments