HAKIKAT BERSATU

Wednesday, January 27, 2010


Kesatuan ummah hanya dapat dicapai dengan 3 perkara tunjang utama; iaitu, Islam, Iman dan Ihsan. Ia merupakan rangkaian kuasa yang indah bahkan menjadi aset penting dalam sosio pembentukan budaya. Rasulullah SAW merupakan teladan yang terbaik. Baginda mengetengahkan Islam di tengah- tengah jahiliah. Peradaban masyarakat Arab cukup kucar kacir, hidup berpuak- puak dan mengalami sistem hidup yang sangat hina dari sudut pandangan Islam. Alhamdulillah, Islam jua yang telah menyelamatkan mereka.....

KENAPA RASA TERSISIH?

Masyarakat Suluk mendahului sejarah kependudukan di Borneo.

Saya tertarik untuk menulis perihal laku- laku orang- orang Suluk di Malaysia. Dalam artikel saya suatu masa dahulu, saya pernah menyatakan orang- orang Suluk di Malaysia sudah ramai yang tidak tahu berbahasa Suluk. Banyak respon yang saya terima. Ada yang bersetuju dan tidak bersetuju malah ada juga yang terus tertekan menahan malu dan segan pada dirinya sendiri. Tujuan saya adalah untuk mengajak orang- orang Suluk kembali menghayati sejarah dan budaya mereka sendiri. Sejarah Suluk sangat panjang dan ia memiliki inti pati yang cukup untuk dibanggakan (kalau kita menelaah semula sejarah Suluk di Sabah khususnya).

Cuba perhatikan di sekeliling kita, ramai sudah orang Suluk yang berjaya dalam hidup mereka. Ada yang jadi pemimpin, ahli koperat, pendidik dan tidak kurang juga yang memiliki syarikat- syarikat usahawan dan aktif dalam khidmat masyarakat.

Malah Amy Search artis rock nombor satu di Malaysia dikatakan berbangsa Suluk, dan ada banyak lagi artis Malaysia yang berketurunan Suluk (lawati http://tausug-global.blogspot.com/ )

Saya seringkali mengajak rakan- rakan saya yang berbangsa Suluk di Malaysia ini agar menyertai persatuan ini. Tujuannya untuk mengangkat budaya dan tamadun Suluk itu sendiri. Malang sekali sebahagiannya menolak dengan alasan tidak mahu di'cop' sebagai Abu Sayaf atau Pendatang Asing (PATI).
Apakah orang- orang Suluk itu Abu Sayaf? Apakah orang- orang Suluk itu PATI? Saya sekeras- kerasnya akan menolak tanggapan sedemikian. Sebarang tanggapan negatif terhadap Suluk wajib disangkal dan ditolak. Memang Abu Sayaf itu Tausug/ Suluk tetapi kumpulan ini tidak mewakili orang- orang Suluk. Maka mengapa pula kita berasa sebahagian daripada mereka? Mereka pun tidak kenal dengan kita. Kita pun tidak kenal dan tidak pernah pun berjumpa dengan mereka! dengan Abu Sayaf kita benar- benar perasan kita sebahagian dari mereka TETAPI bagaimana dengan Paduka Mat Salleh dan Datu Tating pahlawan Suluk yang terkenal kita tidak mem-perasankan pun diri kita sebahagian dari mereka?


suatu masa dahulu etnik- etnik lain di Sabah dipercayai dibawah naungan Kesultanan Sulu .

Sebelum kita me'nuduh' orang Suluk adalah PATI. Saya syorkan elok buka buku sejarah masyarakat Sulu dan Kesultanannya. Kewujudan orang- orang Suluk di Borneo diakui sudah berabad- abad lamanya. Malah sejarahnya lebih lama dibandingkan dengan sejarah etnik lain di Sabah. Orang- orang Suluk di Sabah sudah wujud lebih lama sebelum kedatangan Cina dan India di Tanah Melayu. Malah catatan sejarah menyatakan pendokong ilmuwan dan pembawa obor Daulah Islamiah di Sabah adalah dari kaum Suluk. Syeikh Hasbullah Attahiri dikatakan pendakwah Islam dari kaum Suluk peranakan Arab dari Yaman di Sandakan. Dikatakan juga Sandakan pada masa itu adalah kedua terhebat selepas Acheh dalam perkembangan dakwah Islam Nusantara. Masyarakat Sulu sering datang ke Sandakan untuk menuntut ilmu dari beliau. Dan pusat penuntutan ilmu Islam itu terletak di atas bukit pinggir pantai iaitu masjid bandar Sandakan yang ada sekarang ini.

Hubungan Sulu dan Borneo bukan sahaja dilihat dari sudut perdagangan lebih dari itu Borneo adalah sebahagian daripada pemerintahan Kesultanan Sulu. Dahulu orang- orang Suluk di Sulu dan Filipina bebas berulang alik dari Sulu ke Borneo sehinggalah Borneo menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Undang- undang pun dimeterai termasuk 'menafikan' hak orang- orang Sulu di kepulauan Sulu di Borneo. Akhirnya orang- orang Sulu yang datang ke Borneo tanpa keterangan/ dokumen yang sah selepas itu dikira PATI. Orang- orang Sulu dari kaum Suluk yang terus menetap di Borneo mendapat taraf kewarga negaraan dan Suluk juga merupakan peribumi asli di Borneo. Namun kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini masih membayar gadaian Borneo sebanyak RM 5000 kepada pewaris Kesultanan Sulu.

Apakah dengan sedikit kisah ini, kita masih terus melihat Suluk sebagai virus jahat di Sabah? Orang- rang Suluk memiliki sejarah gemilang yang harus dikaji dan dibanggakan bersama. Jangan takut kepada bayang- bayang sendiri, kerana kemungkinan bayang- bayang itu adalah pembela kita di akhir zaman. Zaman kebangkitan Islam di Nusantara!

JASANYA DIKENANG SEPANJANG ZAMAN


APABILA bercerita tentang Masjid Bandaraya atau lebih dikenali sebagai masjid SDA, nama Tun Datu Mustapha Datu Harun pasti akan disebut. Namun tidak ramai yang tahu lebih lanjut latar belakang beliau dan apakah sumbangan besarnya kepada perkembangan Islam di negeri ini. Tun Datu Mustapha yang mempunyai sembilan adik-beradik dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat, Sabah.

Beliau yang digelar Bapa Kemerdekaan Sabah dan Bapa Pembangunan Sabah merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga.

Sumbangan beliau kepada negeri ini amat besar, malah tidak dapat dinafikan lagi tiada individu tertentu yang boleh dikaitkan dengan kemerdekaan Sabah melainkan Tun Mustapha.

Perjalanan ke arah kemerdekaan bermula apabila Tun Mustapha yang mewakili Sabah menghantar memorandum cadangan kepada Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan British untuk mengenalpasti keinginan sebenar rakyat jajahan British di Borneo menyertai Malaysia.

Impian mencapai kemerdekaan ini menjadi kenyataan apabila proklamasi Akta Malaysia yang dibuat pada 16 September 1963 dibaca di Padang Bandaran Kota Kinabalu.
Tun Mustapha turut dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri dari 16 September 1963 hingga 15 September 1965, menandakan permulaan era pembangunan Sabah.

Dalam sinar perkembangan Islam di negeri ini jasa beliau yang paling ketara adalah usaha menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, selain Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Abdullah Hussin, keputusan masyarakat Islam Sabah yang diketuai Tun Mustapha untuk menyertai Persekutuan Malaysia dipengaruhi oleh kesedaran tentang nasib dan masa depan umat Islam di negeri ini.

Dalam sinar perkembangan Islam di negeri ini jasa beliau yang paling ketara adalah usaha menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, selain Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Abdullah Hussin, keputusan masyarakat Islam Sabah yang diketuai Tun Mustapha untuk menyertai Persekutuan Malaysia dipengaruhi oleh kesedaran tentang nasib dan masa depan umat Islam di negeri ini.

Dengan penyertaan ke dalam Malaysia, nasib umat Islam di negeri ini akan mendapat perhatian daripada saudara-saudara Islam di negeri-negeri lain di Malaysia.
Selain itu katanya, selepas penubuhan Malaysia, Mustapha adalah individu yang berusaha keras menubuhkan USIA. Ia menggabungkan persatuan-persatuan Islam yang wujud di Borneo Utara menjadi sebuah persatuan yang besar dan kuat.

Langkah pertama Mustapha ke arah merealisasikan penubuhan USIA ialah mengundang tiga persatuan Islam utama iaitu Persatuan Islam Tawau, Persatuan Islam Putatan dan Persatuan Islam Sabah menghadiri Kongres Masyarakat Islam pada 14 Ogos 1969 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Jelasnya, kongres tersebut kemudiannya berjaya mewujudkan United Sabah Islamic Association (USIA) yang kemudiannya didaftarkan pada 10 Oktober 1969.

Abdullah memberitahu, sejurus selepas penubuhan USIA, Mustapha yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua USIA telah menjalankan pelbagai program dakwah Islam di seluruh negeri.
"Keberkesanan dakwah USIA di bawah kepimpinan Mustapha telah berjaya menarik lebih 70,000 orang penduduk Sabah memeluk Islam.

"Sekali gus membawa kepada pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi di Sabah, tanpa menghalang kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing," kata Abdullah.

Beliau berkata, pembelian bangunan gereja SDA di Kota Kinabalu merupakan satu lagu usaha berani Mustapha dalam memartabatkan Islam di negeri ini.
Tambahnya, sejak diambil alih USIA, bangunan bekas gereja SDA itu kini menjadi pusat pelbagai aktiviti Islam, khususnya bagi kemudahan warga kota yang beragama Islam untuk menunaikan solat.

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman/ Utusan Malaysia

MESEJ BERJAYA

Tuesday, January 26, 2010

antara pengunjung yang datang menyaksikan persembahan
Pangalay warisan dari 'orang berzaman'
Generasi baru dipupuk agar mencintai budaya sendiri
Bergambar beramai-ramai untuk kenangan

Hari ini Kumpulan Budaya mengakhiri 'showcase'nya di Plaza Sungei Wang. Ramai pengunjung yang datang menyaksikan persembahan Pangalay Ha Agung. Apa yang menyentuh perasaan kami ialah sambutan mesra yang diberi oleh seorang lelaki peranakan Arab brother Abdul Rahim Abdullah yang terus berada di tempat lokasi sehingga kumpulan Budaya balik ke penginapan. Pulau Pinang, Melaka dan Johor turut mempersembahkan tarian tradisi mereka di majlis ini.

Dari beberapa 'showcase' yang diatur oleh pihak Jabatan Kesenian dan Warisan semuanya telah dimanfaatkan oleh kumpulan ini. Mesej kumpulan ini untuk mengangkat daulah budaya bangsa Suluk jelas memaparkan kesinambungan warisan ini harus dipupuk dan dipulihara dengan nilai estetika yang tinggi satu fikrah, satu budaya.

PANGALAY TAWAN UNIVERSITI MALAYA


UM merupakan gedung ilmu paling masyhur di Malaysia. Ramai pemimpin lahir dari gedung ini. Gedung ini sejak dahulu dan kini tidak pernah putus dikunjungi dunia. Hari ini UM menguak rindu pintunya kepada PSBS dengan lakaran rindu syhadu sebagai penyimpan sejarah bangsa kepada dunia. Mungkin kedatangan kami ini akan menemukan titik- titk impian generasi Suluk untuk melihat lebih ramai generasi Suluk 'merempuh' benteng untuk datang ke mari selepas ini.
Persembahan pangalay (tarian tradisional Suluk) telah menarik perhatian para mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah UM. Menurut mereka persembahan ini merupakan persembahan yang unik dan memiliki nilainya yang tersendiri.

TAWAU OH TAWAU


MASJID BANDAR TAWAU
Malihatnya sahaja, hati terasa tenang dan bangkit rasa keinsafan di dalam diri. Masjid Bandar yang berusia 46 tahun ini tersergam indah di tengah- tengah kesibukan bandar Tawau. Struktur binaannya mengingatkan aku pada masjid Jamek Syeikh Hasabollah At-Tahiri (MJSHaT) di Sandakan. Seperti masjid MJSHaT, masjid ini tidak sunyi dari kunjungan para jemaah untuk bersolat dan berehat. Masjid ini masih teguh walaupun terpaksa menahan mamahan usia masa. Tiada siapa yang tahu nasibnya 50 tahun akan datang.
Duduk seketika di ruang rehat masjid ini, saya memikirkan tentang hari-hari yang pernah dilaluinya sebelum ini. Tentu ia menyimpan seribu kisah sejarah yang masih belum ditulis oleh ahli sejarawan. Saya merasakan apabila usia masjid ini mencapai 100 tahun pada 2017, barulah para pengkaji akan 'magsasab' mencari maklumat tentang masjid ini. Pengalaman awal saya membuat kajian tentang MJSHaT di Sandakan cukup memberikan kesan kepada saya tentang nilai sesebuah sejarah. Sejarah Masjid Bandar Tawau ini mungkin masih dilihat terlalu 'murah' untuk dikaji, sebab itu tidak ramai yang berminat untuk mengkajinya.
Menginsafi usia yang aku miliki kini tidak jauh bezanya dengan melihat dan menerobos ruang sisa waktu Masjid Bandar Tawau sama ada akan terus diingati atau sebaliknya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya.

PERJALANAN MENUJU MIHRAB SULUK

- Setelah menziarahi Masjid Bandar Tawau, perjalanan saya teruskan ke satu lagi masjid di Tawau yang dibina pada sekitar 2003-2004. Masjid al-Kautsar ini terletak kira- kira 3 kilometer dari Masjid Bandar. Sesuai dengan keindahan Islam itu, masjid ini dibina cukup indah dengan ukiran- ukiran seni Islam dan ayat- ayat al Quran. Mamasukinya sahaja seolah- olah berada di dunia lain. Tenang dan 'mengasyikkan' terutama pengunjung yang ingin ber'suluk' di sini. Ketika memasukinya saya mengikuti arah jalan tengah 'carpet' biru menuju ke mihrab. Perasaan saya seperti sedang dalam perjalanan menuju pengadilan. Tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas dari pengadilan Tuhan. Semasa dalam usia muda manusia mana yang mahu memikirkan tentang maksud perjalanan ini? Namun apabila usia mencecah 40an barulah manusia memikirkannya. Allah SWT tidak pernah melupakan kita, tetapi kitalah yang sering melupakan-Nya.

DERAP- DERAP TASBIH

- Saya menemui tasbih terbesar di pelusuk gerai bandar Tawau. Butiran tasbih ini mengingatkan saya kepada syeikh-syeikh, ulamak dan para da'i suatu masa dahulu tidak pernah berhenti jejari mereka 'membilang' zikir dan tahmid kepada Allah. Hari ini amalan bertasbih semakin dilupakan. Lihat sahaja tangan- tangan manusia hari ini, jejari mereka lebih tekun ber'SMS' dibandingkan dengan men'derap' tasbih untuk berhubung dengan Allah SWT. Kita bermohon sama- sama kepada Allah SWT agar hidup kita mendapat perolehan usia yang berkat dan penuh rahmat.

KERIS PELINDUNG

- Saya terpanggil untuk melihat beberapa bilah keris kecil dalam kotak yang dipamerkan di salah sebuah gerai menjual buku- buku agama. Selain buku- buku agama terdapat juga CD rakaman debat Islam-Kristian, nasyid dan lain- lain lagi di jual di gerai ini. Menurut pak Abdullah (pemiliki gerai) ramai orang yang datang berkunjung dan membeli barang- barang jualannya. Selain penduduk tempatan Sabah, gerainya turut dikunjungi oleh pelancong luar negara dan pegawai- pegawai kerajaan dari Semenanjung dan Sarawak.

Menurut pak Abdullah, keris- keris kecil yang dijualnya sudah 'diisi' (dibacakan penawarnya) dan berguna untuk pelindung daripada gangguan kejahatan manusia dan makhluk halus. Ia 'diisi' oleh seorang ahli yang sangat waskita dalam ilmu hikmah serta khadam dengan kekuatan batin dan 'supernatural' yang tinggi disertai dengan metafisika yang lazim disebut khadam.

Keris- keris kecil ini diberi nama seperti keris Kecil Zulfikar, Pedang Kecil Zulfikar, Mini Kojang, Mini Majapahit, dan Singo Barong. Harga bagi setiap bilah keris dijual dengan harga RM50.00.

Menginsafi dengan kekuasaan Allah SWT, manusia harus lebih berhati-hati dan berwaspada dengan sesuatu amalan yang tidak diketahui akan ilmunya. Ia dibimbangi membawa kepada kekhurafatan umat Islam.

Sesungguhnya menjejaki sisa usia di pinggir masa Tawau memberi kesan yang mendalam dalam diri saya. Dan saya berharap tulisan ini akan memberi inspirasi kepada bangsaku untuk bangkit membina maruah dan daulah Islami di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa kepada kita, maka hadapkanlah wajah kita dan bermohonlah kepada-Nya dari segala kejahatan manusia.

MENJEJAKI MASYARAKAT SULUK DI PESISIR TANJUNG BATU, KUDAT

Tiada seindah ciptaan Tuhan..

Tanjung Batu merupakan antara destinasi menarik di Kudat. Udang dan Kupang sudah menjadi senonim dengan tanjung ini. Tidak sah berkunjung ke tanjung ini, jika tidak membawah balik 3 kilo kupang. Harga sekilo mencecah RM3.50.
Tanjung Batu didiami oleh masyarakat Suluk. Semasa susuran saya ke sini, saya tidak menjangka bertemu dengan keluarga dari sebelah ayah dan isteri saya. Masyarakat Suluk di sini bekerja sebagai nelayan. Tempat ini menjadi persinggahan pelancong dan masyarakat tempatan dari Sandakan ke Kudat.

bergambar bersama keluarga di Tanjung Batu

SEPAGI DI JETI KEHIDUPAN

Susuran saya kali ini, melihat masyarakat Suluk di pinggir jeti Kudat. Rata-ratanya mereka adalah nelayan sejak dahulu lagi. Bahasa perantara mereka adalah sinug. Saya sempat menemubual seorang pengusaha balat (gamat) menceritakan pengalamannya berniaga di Kudat. Balat yang diperolehinya dijual ke Kota Kinabalu dan ada juga yang membuat tempahan dan menjadi pelanggan tetap beliau. Di pelabuhan jeti terdapat beberapa bot nelayan milik orang-orang Suluk dan Ubian. Ada nelayan yang memiliki sehingga tiga buah bot bernilai RM500.00 setiap satu.
Di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan. Bumi Allah kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh ia akan mendatangkan hasil rezeki yang banyak.

Sebahagian masyarakat Suluk rancak berbual malah merancang untuk memperluaskan perniagaan mereka ke Sulu.

GONG GONG GONG

Kunjungan susuranku ke kampung Sumangkap, Matunggong. Kudat membawa aku melihat gong terbesar di Borneo. Teruja juga diri aku, bila melihat gong setinggi 20 kaki.

Menatap sekali tidak cukup. Seni dan ukirannya menggamit seribu pertanyaan dan imbauan silam bangsaku. Gong adalah lambang kebesaran budaya di Nusantara. Bahkan sesetangah kaum di Sabah meletakkan pantang larang dalam permainan gong mereka. Dibimbangi ia membawa malapetaka kepada penduduknya jika tidak menjaganya. Ada juga yang berangapan bahawa gong adalah raja segala alat permainan tradisional dan tidak boleh dipijak atau dilangkahi. Di sesetengah tempat gong dijadikan sebagai alat untuk memaklumkan ketibaan pembesar-pembesar dengan memagongnya tidak kurang dari tiga kali pagongan. Dalam Suluk terdapat jenis gong Tawag yang bermaksud panggil. Malah semasa bengkel peralatan muzik tradisional (perkusi) Sabah, ada juga yang menamakan gong ini sebagai tetawag (makna dalam Suluk; alat untuk memanggil). Bagi masyarakat Suluk gong dikenali sebagai 'agung' sesuai dengan keagungannya pada era kegemilangan Kesulatanan Sulu sehingga kini.

'Agung' (meminjam kata dalam bahasa Suluk) kalau 'dipagong' (dipukul) akan menghasilkan bunyi semangat, desakan, kepahlawanan, cinta dan kuasa. Bunyiknya mampu untuk memberi debaran pada jantung setiap kali dipagong. Semangatnya inilah yang memberi 'roh' panjang terhadap 'agung' sehingga ke hari ini.
Kalaulah 'agung' ini boleh berbicara mungkin ia mempunyai peringatan penting daripada semangatnya yang masih kuat untuk masyarakat bangsaku Suluk. Antara lalaungan (laungan) 'agung'nya:
  1. 'bung..bung..bung...bung...bung...tukbung'. (fell headlong) ertinya mengapa bangsaku sudah mula melupakan warisan budaya. Ini membawa kepada insiden 'tukbung' iaitu, menghilangkan warisan budaya jauh dari kehidupan. Natijahnya generasi hari ini tidak tahu 'memagong'. Mereka hanya mampu memanjangkan kepala mereka ke bawah untuk melihat kemegahan budaya bangsa lain yang diwarisi sendiri dari zaman Kesultanan sejak dahulu.
  2. 'bung...bung....bung....bung.....bung... BUUUNG (rasa pening dan mahu pengsan). Ramai hari ini bila diminta untuk bermain ' agung' ada yang menolak kerana tidak tahu. Malah ada yang pening dalam diri sindiri. Maksudnya generasi hari ini sangat tidak berminat untuk mempelajarinya malah menyentuhnya pun terasa janggal. Pening kepala mereka bila diminta belajar. Natijahnya generasi hari ini liar dalam diri mereka sehingga membunuh semangat perjuangan sendiri dalam diri mereka. Mereka tidak kenal erti bangsa sendiri.

Dua perkara peringatan penting dari 'agung' untuk kita hari ini. Iaitu budaya, nilai moral (akhlak) sudah tidak berada dalam jiwa kita hari ini. "Biar mati anak, jangan mati adat". Anak merujuk kepada kita, manakala adat sebenarnya merujuk kepada nilai agama, akhlak dan budaya yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Orang dahulu membiarkan anak- anak mereka pergi berjuang (berjihad) untuk membela bangsa (meliputi nilai peradaban diri) demi untuk mempertahankan nilai budaya. Bagi mereka generasi yang tidak tahu mempertahankan nilai itu tadi lebih baik tiada daripada nilai itu terus hilang. Lihat sahaja hari ini, generasi (anak) sendiri yang menjadi pembunuhnya!

Susuran saya di kampung Sumangkap membawa sejuta pengertian. Daripada susuran kali ini sememmangnya ada pro dan kontranya apabila gong berbicara. Masih banyak yang perlu difikir untuk direnung dan digubal agar ianya menjadi jambangan indah untuk semua. Saya akhiri nota dengan menarik nafas panjang sambil berkata, 'simampai da.......'.

SUSUR 1

Allah Maha Besar dengan segala kuasa yang ada pada-Nya. Yang Engkar akan tetap menerima azab dari-Nya. Manakala yang taat akan menerima Rahmat dan Berakah dari Allah SWT.
Perjalanan singkat saya baru-baru ini ke Kota Kinabalu dan Kudat untuk menjemput ayah saya tidak disia-siakan. Susuran saya di sepanjang perjalanan digunakan dengan sebaik- baiknya, biar bermakna dan membawa erti yang mendalam. Di bawah ini adalah nota susuran cerita/ maklumat yang saya temui. Nota ini saya kongsi bersama pengunjung blog ini.

1. ASAL USUL NAMA SABAH
(sumber : Muzium Negeri Sabah)
Mengikut cerita, beberapa orang dari Mindanao dihanyut arus dan sampai ke Labuk. Mereka mendarat di Kuala Beluran lalu menemui sebatang pisang yang sangat besar dan aneh. Mereka menggelar tempat itu ’Sabah’. ( saying sabba’). Mereka balik ke Mindanao lalu mengkhabarkan berita itu kepada Datu Badaruddin. Datu Badaruddin meninggalkan Batu-Batu lalu pergi ke Sabah. Di sana dia bertemu dengan masyarakt Cina di Labuk. Datuk Kamaruddin anak kepada Datu Badaruddin berkahwin dengan puteri Cina Kinabatangan. Daripada perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang anak bernama Datu Nasaruddin. Datu Nasaruddin berpindah ke Telaga Bangkoka dan berkahwin dengan Mantaring (Menteleng). Mereka dikurniakan anak iaitu Datuk Harun. Datuk Harun adalah penjaga yang memelihara Tun Datu Mustapah.

2. LAGU KEBANGSAAN SABAH
Pencipta lagu kebangsaan negeri Sabah ialah H.B. Hermann berasal dari Jalan Geylang, Saingapura. Lagu ini dipilih dalam pertandingan mencipta lagu kebangsaan Sabah. Buat pertama kalinya lagu ini dimainkan di radio pada 19 Julai 1963.

3. PAHLAWAN SABAH

  • Datu Tating di Pulau Balambangan 1773.
  • Pangiran Usop di Sungai Kimanis 1884
  • Haji Saman di Membakut 1846
  • Datu Baginda Putih di Sandakan 1879
  • Datu Kadunding di Tungku 1879
  • Pangiran Samah di Gua Gomantong 1884
  • Pangiran Shah Bandar Hassan di Beaufort, Disember 1888
  • Paduka Muhammad Salleh di Ranau dan Tambunan, 1894
  • Sigunting di Kota Marudu, 1894
  • Mat Sabor di Kudat, 1900
  • Kamunta di Tempasuk dan Menggatal, Mei 1900
  • Pak Musa di Membakut, 1908
  • Antanom di Rundala, 1915
  • M’bok Ali di Pundasan, 1915

MAMAID NA KAMI

"Pemimpin perlu peka dan mampu berkomunikasi untuk berkomunikasi dengan baik. Keluhan rakyat perlu didengari bukan lena memikir bagaimana untuk terus bertahan sebagai duduk di atas kerusi empuk..."


Saudara Hatta Yunus@ Sawabi mengesahkan Presiden Persatuan Suluk Bersatu (PSBS) Pusat, Sharif Amirul telah menerima perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Cawangan PSBS Sandakan menerusi SMS lewat jam 6.48 petang, 4 Januari 2010. Saudara Hatta meletakkan jawatannya itu berikutan pihak Presiden tidak menerima sah mesyuarat Agung PSBS Negeri yang dianjurkan PSBS Sandakan pada 25 Disember 2009. Ditanya sebab Presiden menolak, saudara Hatta menjelaskan mesyuarat pada mulanya boleh dijalankan tetapi terpaksa ditolak di saat- saat akhir apabila dia dicalonkan sebagai Presiden PSBS dengan alasan mesyuarat pada hari itu kononnya tidak mengikut perlembagaan PSBS. Kalau mesyuarat pada hari itu tidak mengikut perlembagaan mengapa beliau (saudara Hatta) tidak diberi maklum lebih awal sebelum itu. Baginya, tindakan membatalkan mesyuarat pada hari itu tidak bersifat ukhuwah sebaliknya menjaga kepentingan diri berbanding kepentingan umum khususnya PSBS. Keputusannya meletak semua jawatan dalam PSBS dan keluar dari ahli PSBS merupakan protesnya kepada kepimpinan dalaman PSBS yang dilihatnya sudah tidak stabil dan ikut rasa suka hati sahaja. Beliau berharap PSBS akan terus memperjuangkan nasib orang- orang Suluk dan PSBS akan muncul sebagai wadah terbaik pada 2010. Sesungguhnya di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan dan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. - WARTAWAN PSB

TU'LID SIN ATAY DUMAGBUS HA KAUL FI'IL

  1. Berikutan kemelut PSBS, saya terus menerima sokongan bertalu- talu disamping nasihat yang berguna kepada saya. Sokongan dan nasihat ini datangnya dari sahabat handai, keluarga, rakan- rakan malah kenalan saya dari bangsa lain pun turut memberi perangsang sebagai motivasi untuk saya.
  2. Alhamdulillah setelah saya menjelaskan kedudukan kemelut ini mereka menyarankan saya untuk menerima mandat baru. Dan mereka akan terus berada di belakang saya untuk membantu dan memberi sokongan.
  3. Saya sama sekali tidak berniat untuk berpaling jauh dari perjuangan bangsa saya tetapi apa yang saya lakukan kali ini ialah membuat perubahan dan peningkatan dalam banyak perkara khusus untuk PSBS agar mampu untuk bersaing dengan kuat dan perkasa.
  4. Cabaran yang akan dihadapi oleh PSBS pada 2010 adalah lebih besar maka sebab itu kita memerlukan kordinasi yang tepat untuk memandu arah hala tuju PSB agar ia selari dengan perkembangan semasa. Namun saya sangat kecewa apabila titik mula usaha ini ditolak mentah- mentah.
  5. Saya tidak berputus asa. Perjalanan masih jauh. Perjuangan bangsa mesti diteruskan.
  6. Saya cukup yakin dan percaya, pemimpin yang telus hanya perkasa jika hatinya bersih. Dan setiap manusia yang berhati bersih dan suci akan mendapat bantuan dari Allah SWT.

KAUM TIDONG DAN SULU

Khalifah bersama para peserta Kursus Muzik Etnik Sabah.


video

Ujang mempersembahkan 'lisagan' kulintangan Tidong

Semasa kunjungan saya ke Tawau suatu masa dahulu, saya dipertemukan dengan seorang penggiat seni dan budaya kaum Tidong. Beliau menjadi rujukan masyarakat setempat dan pihak Lembaga kebudayaan negeri berkaitan dengan urusan kebudayaan kaum Tidong. Ujang juga mahir dengan lisagan kulintangan Tidong. Sejarah kaum Tidong mempunyai kunikannya yang tersendiri malah kaum Tidong mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Kesultanan Sulu. Berikut sedikit fakta tentang kaum Tidong yang saya petik dari salah satu blog Kaum Tidong:

Suku kaum Tidong berasal dari bahagian Utara Kalimantan Timur. Suatu masa dahulu suku Tidong ini memiliki kerajaannya sendiri dikenali sebagai Kerajaan Tidong @ Tarakan.

Kerajaan Tidong di Pulau Tarakan, terkenal dengan kaum Tengara yang banyak melahirkan pemimpin Dinasti Tengara. Berdasarkan tarsilah (Genealogy) ianya terdapat di pesisir timur pulau Tarakan.

Kerajaan Tidong kuno (The Ancient Kingdom of Tidong) bermula sekitar pada tahun 1076-1156 kemudian berpindah di barat pulau Tarakan di kawasan Tanjung Batu, sekitar tahun 1156-1216, lalu berpindah lagi tetapi masih dalam pulau Tarakan iaitu di Sungai Bidang dalam tahun 1216-1394, akhirnya Dinasti Tengara berpindah jauh dari pulau Tarakan iaitu ke kawasan Pimping di bahagian barat Tanah Kuning sekitar tahun 1394-1557.

Kerajaan Dinasti Tengara ini pertama bertakhta mulai tahun 1557-1571 dimana kawasan Pamusian Wilayah Tarakan Timur menjadi pilihan mereka.
Berikut adalah Raja-Raja Dinasti Tengara:-

  1. Amiril Rasyd Gelar Datoe Radja Laoet (1557-1571)
  2. Amiril PengiranĂ˜ Dipati I (1571-1613)
  3. Amiril Pengiran Singa Laoet (1613-1650)
  4. Amiril Pengiran Maharajalila I (1650-1695)
  5. Amiril Pengiran Maharajalila II (1695-1731)
  6. Amiril Pengiran Dipati II (1731-1765)
  7. Amiril Pengiran Maharajadinda (1765-1782)
  8. Amiril Pengiran Maharajalila III (1782-1817)
  9. Amiril Tadjoeddin (1817-1844)
  10. Amiril Pengiran Djamaloel Kiram(1844-1867)
  11. Datoe Maoelana/Ratoe Intan Doera (1867-1896)
  12. Datoe Adil (1896-1916)

Tetapi akhirnya hancur berikutan campurtangan oleh pihak Belanda ketika itu.
Nelayan dan petani adalah menjadi sumber pencarian suku kaum Tidong ini berdasarkan satu dokumen dan maklumat tertulis ataupun lisan yang ditemui oleh pakar sejarah, dimana mereka tinggal di kawasan Kalimantan Timur.

Kalimantan Timur pula terbentuk dua pemerintahan dimana satu adalah Kerajaan suku kaum Tidong dan satu lagi Kesultanan dari kaum suku Bulungan, dimana kerajaan dari kaum tidong berkedudukan di Pulau Tarakan hingga di Salimbatu dan Kesultanan Bulungan adalah di Tanjung Palas.

Bahasa Tidong dialek Tarakan merupakan bahasa Tidong yang pertengahan ini kerana boleh difahami oleh semua warga suku Tidong. Beberapa kata bahasa Tidong masih memiliki kesamaan dengan bahasa Kalimantan lainnya. Besar kemungkinan suku Tidong mempunyai kaitan dengan suku Dayak rumpun Murut (suku-suku Dayak yang berada di Sabah).

Walaubagai manapun kaum Tidong adalah beragama Islam dan membangunan dalam kerajaan Islam sehingga tidak lagi dianggap sebagai suku Dayak, akan tetapi boleh diketegorikan suku berbudaya Melayu seperti suku Banjar, suku Kutai dan suku Pasir.

KAITAN SUKU TIDONG DENGAN KESULTANAN SULU DAN BRUNEI

Menurut sejarah Sultan Sulu yang bernama Sultan Salahuddin-Karmat atau Pangiran Bakhtiar telah berkahwin dengan seorang gadis berbangsa Tionghoa yang berasal dari daerah Tirun (Tidong) adalah pendakatan Sultan Sulu yang inginkan mengamankan Wilayah North-Borneo (kini Negeri Sabah) setelah mendapat Wilayah daripada Sultan Brunei, salah seorang putra Sultan Salahuddin-Karmat iaitu sultan Badaruddin-I yang memperisterikan seorang Putri Tirun atau Tidong (Isteri Kedua) yang merupakan anak gadis kepada Pemerintah awal di Wilayah Tidong. (Isteri Pertama Sultan Badaruddin-I, dikatakan gadis berasal dari Soppeng, Sulawesi Selatan. Maka lahirlah seorang Putra bernama Datu Lagasan yang kemudian menjadi Sultan Sulu yang bergelar, Sultan Alimuddin-I ibni Sultan Badaruddin-I) Dari zuriat Sultan Alimuddin-I inilah dikatakan datangnya Keluarga Kiram dan Shakiraullah di Sulu.

Maka dari darah keturunan dari Puteri Tidong lahirnya seorang putra bernama Datu Bantilan dan seorang putri bernama Dayang Meria. Datu Bantilan kemudiannya menaiki takha Kesultanan Sulu (mengantikan abangnya Sultan Alimuddin-I) disekitar tahun 1748, bergelar Sultan Bantilan Muizzuddin.

Adindanya Dayang Meria dikatakan berkahwin dengan seorang Saudagar dari Tionghoa, kemudian lahirlah seorang Putra yang bernama Datu Teteng atau Datu Tating. Mana kalah zuriat Sultan Bantilan Muizzuddin merupakan keluarga Maharaja Adinda, yang mana waris sebenar Kesultanan Sulu mengikut sistem Protokol Kesultanan yang digelar “Tartib Sulu”Sementara itu, pewaris sebenar itu bergelar, Duli Yang Mulia (DYMM) Sultan Aliuddin Haddis Padila. Dimana “Putra Mahkota” kesultanan Sulu merupakan putra bongsu kepada DYMM Sultan Aliuddin yang bernama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Datu Ali Aman atau digelar sebagai “Raja Bongsu-II” (Gelaran ini mungkin mengambil sempena nama moyang mereka yang bernama Raja Bongsu atau Pengiran Shahbandar Maharajalela, dan juga merupakan putra bongsu kepada Sultan Muhammad Hassan dari Brunei. Sementara itu Raja Bongsu telah dihantar ke Sulu menjadi Sultan Sulu mengantikan paciknya Sultan Batarasah Tengah ibnu Sultan Baddiman UI-Halim yang nama tidak mempunyai zuriat putra. Ibu Raja Bangsu perupakan putri kepada Sultan Pangiran Buddiman UI-Halim yang berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan yang berasal dari Brunei).

BARONG

KS bersama Barong dan Budjak berusia lebih 200 tahun-

Barong senjata warisan masyarakat Suluk

Memetik post saudara saya di http://superhotguy.blog.friendster.com/ :
Dalam persenjataan Suluk, terdapat senjata parang yang bernama barong panjangnya umpama golok orang-orang Melayu iaitu bilahnya sepanjang lengan tangan dan hulunya cukup sepanjang tapak tangan. Berbeza dengan parang panjang, Parang panjang digunakan untuk menyerang manakala parang barong digunakan untuk menjadi perisai dan untuk melindung diri dari serangan musuh.
orang2 yang membawa keris jenis ini kebiasaannya PAHLAWAN, PRAJURIT, ASKAR, HULUBALANG pada zaman lampau. Setelah diteliti tentang barong didapati bahawa barong memiliki sifat KASIH SAYANG DAN PROTECTOR (PELINDUNG) sebab itu kaum- kaum yang berkait rapat dengan barong tidak bersifat seperti PENYERANG tapi lebih kepada PELINDUNG.

TAHLIL TULISAN ASHEIKH HASBULLAH AT-THAHIRI

kurniaan Allah SWT yang Maha Agung -

Semasa Syeikh Ahmad iaitu pakcik kepada Syeikh Habullah Athahiri masih hidup saya diberitahu bahawa Syeikh Hasbullah memiliki banyak kitab tulisannya sendiri. Sebahagian kitab karangan beliau telah diminta oleh penuntutnya yang datang dari kepulauan Sulu dan tidak kurang juga anak- anak muridnya di Sabah. Menerusi sahabat saya, saya telah mendapat salinan bacaan tahlil hasil tulisan tangannya sendiri. Beliau memiliki kemahiran menulis yang tinggi. Saya tidak hairan kalau beliau mampu untuk menulis demikian rupa kerana ilmu yang diberi oleh Allah kepadanya cukup hebat dan bernilai untuk dipelajari dan diamal.

KERIS SUNDANG

Sundang warisan keperkasaan pahlawan Suluk -

Keris sundang adalah sejenis senjata warisan dari datuk, nenek-moyang kita. Masa kegemilangannya kini telah malap dan hanya dikenali sebagai museum-piece sahaja. Namun pada dahulu kala senjata ini adalah senjata bagi orang-orang besar negeri dan juga kerabat di raja.Berbanding dengan kris, sundang tidak mempunyai sebarang luk lansung, ianya menyerupai mata lembing tetapi lebih panjang lagi. Tugas utamanya adalah untuk menikam dan juga menyantas musuh, berbanding dengan kris hanya untuk menikam sahaja.

Baru- baru ini saya berpeluang melihat keris Sundang berusia sekitar 100 tahun (saya agak saja). Pemilik keris berkenaan dipercayai milik pejuang Suluk di Jambangan (Jambongan).

MENZIARAHI MAQAM ALMARHUM HABIB IBRAHIM

Makam Almarhum Habib Ibrahim bin Habib Ibrahim -

KS menghadiahkan al fatihah di hadapan makam -

Makam dipagar bagi membendung amalan khurafat -

pemandangan sekitar tanah perkuburan -

Tangga jalan menuju ke tanah perkuburan -

Selama ini saya tidak mengetahui adanya maqam Habib Ibrahim bin Habib Ibrahim di Tanah Merah. Malah saya tidak juga mengetahui bahawa tanah perkuburan ini adalah tanah perkuburan terawal di Sandakan. Terdapat sekitar 100 makam di sini. Antara makam yang tertua yang boleh dikesan menerusi tarikh yang terdapat pada nisan ialah makam Almarhumah Sidah binti Abu Bakar iaitu isteri ke-2 kepada Almarhum Habib Ibrahim meninggal pada 17 November 1927. Selain makam mereka terdapat juga makam isteri pertamanya iaitu Almarhumah Dayang Chu Chu binti Samat (tidak tertulis tarikh kewafatan). Makam ananda kepada Almarhum Habib Ibrahim iaitu, Almarhum Habib Abdullah bin Habib Ibrahim (1942) dan Almarhum Haji Habib Muhammad bin Habib Ibrahim (29 Rabiul Awal....) diletakkan berdekatan dengan makam ayahanda mereka. Turut berdekatan dengan makam Almarhum Habib Ibrahim ialah makam anak menantunya Almarhumah Hajah Hadijah binti Segaf (2 Ramadhan ..) iaitu isteri kepada Almarhum Haji Habib Muhammad. Saya sempat melihat beberapa makam yang mana tarikh kewafatan masih jelas kelihatan tertulis di nisan antaranya Almarhum Awang Rahman bin Awang Gunjor (1955) dan Almarhum Muhammad Hosin bin Ahmad (22 September 1948).
Saya difahamkan makam Almarhum Habib Ibrahim sering dikunjungi oleh pengamal perubatan tradisional. Malah yang menyedihkan juga berlakunya beberapa amalan khurafat di sini. Bagi membendung kejadian ini terus berlaku pihak waris perkuburan di sini telah memagar makam Almarhum Habib Ibrahim dengan membina pagar berbumbung. Sejak pembinaan pagar ini, amalan tersebut semakin berkurang sebaliknya pula saya difahamkan pengamal khurafat itu telah berpindah ke makam Habib Omar di seberang jalan tidak jauh dari tempat ini.
Setelah melihat suasana tanah perkuburan ini, saya merasakan bahawa Tanah Merah telah mendapat nama dari tanah perkuburan ini sejak dahulu lagi. Pihak berkuasa seharusnya memulihara tanah perkuburan ini memandangkan nilai sejarahnya yang amat tinggi. Waris kepada makam- makam di sini masih terus mengawasi tempat ini dengan mengadakan gotog royong membesihkan kawasan ini. Marilah kita bersama- sama untuk menghadiah surah Al Fatihah kepada seluruh 'penghuni' makam agar mereka mendapat kemulian di sisi Allah SWT. ALFATIHAH.....

SYEIKH HASBULLAH AT-THAHIRI

SYEIKH HASBULLAH AT-THAHIRI

Beliau berketurunan Arab Yaman Utara dan juga merupakan anak kelahiran tempatan. Ayahanda beliau seorang peniaga dan pendakwah ulung telah berhijrah dari Aden (Yaman) ke Johor, Kepulauan Sulu dan sampai ke Sandakan. Ayahandanya Syeikh Said bin Ali AT-Thahiri telah bernikah dengan gadis tempatan berbangsa Sulu di Sandakan.
Sekitar tahun 1913 menerima pendidikan di Madrasa Al- Attas Al Arabiah Al Islamiah di Johor. Selesai pengajian, beliau menjadi guru agama di madrasah Al Sagof Al Arabiah, Singapura tahun 1924 kemudian ke kepulauan Sulu untuk memberi bimbingan agama kepada masyarakat di sana.
Di Sandakan beliau menjalankan kegiatan dakwah di masjid Jamek Sandakan dan berjaya membentuk pusat pembangunan dan pendidikan sehingga membawa kepada perkembangan Islam di Sandakan. Di masjid ini beliau mengdakan aktiviti keagaman seperti sambutan maulid Nabi, tahlil, ceramah, usrah dan kursus- kursus fardhu ain dan fardhu kifayah. Kebijaksanaan beliau ini telah mewujudkan semangat hormat menghormati, bantu- membantu dan semangat persaudaraan di kalangan masyarakat Islam di Sandakan pada masa itu.
Nama masjid Syeikh Hasbullah At-Thahiri, Sandakan diambil sempena dengan nama beliau.