PANGALAY

Thursday, December 16, 2010



Pengalay merupakan salah satu lagi tarian tradisional kaum Suluk yang diwarisi sejak zaman berzaman. Pangalay berasal dari perkataan ‘alay’ (bahasa Suluk) yang bererti raih. Iaitu meraih tetamu di dalam sasuatu majlis keramaian, perkahwinan dan sambutan- sambutan khas bersama kaum lain.

Pangalay boleh ditari secara individu, berpasangan dan berkumpulan sama ada lelaki atau pun perempuan. Peralatan muzik terdiri daripada gong, kulintangan dan tambur.

Sebagai contoh, pangalay ha agung. Penari perempuan akan naik di atas gong untuk menari. Gong merupakan alat muzik kebesaran kaum Suluk. Pada zaman dahulu memiliki gong merupakan satu kebanggaan dan penghormatan kepada pemiliknya. Tujuan penari perempuan menari di atas gong ialah sebagai penghormatan tinggi kepada kaum wanita sebagai pasangan lelaki yang indah, unik, cantik dan penyayang. Penari lelaki pula akan memainkan peranannya sebagai lambang kuasa dan pelindung kepada kaum wanita. Keserasian penari sangat penting dalam pangalay ha agung kerana ia akan memberi kesan yang nyata kepada para penonton.

Hari ini pangalay telah mula mendapat tempat di setiap acara- acara atau pun majlis rasmi sebagai hiburan disamping ‘menghidupkan’ warisan budaya bangsa.

1 comments:

Jee Remaja said...

SLM'MALINGKAT HE INDAH YAN,,KATUNAN IN PANJI,,'50 PILAK'-palunuk2x kah pa in baran yan hehe :)

Post a Comment