MENZIARAHI MAQAM ALMARHUM HABIB IBRAHIM

Tuesday, January 26, 2010

Makam Almarhum Habib Ibrahim bin Habib Ibrahim -

KS menghadiahkan al fatihah di hadapan makam -

Makam dipagar bagi membendung amalan khurafat -

pemandangan sekitar tanah perkuburan -

Tangga jalan menuju ke tanah perkuburan -

Selama ini saya tidak mengetahui adanya maqam Habib Ibrahim bin Habib Ibrahim di Tanah Merah. Malah saya tidak juga mengetahui bahawa tanah perkuburan ini adalah tanah perkuburan terawal di Sandakan. Terdapat sekitar 100 makam di sini. Antara makam yang tertua yang boleh dikesan menerusi tarikh yang terdapat pada nisan ialah makam Almarhumah Sidah binti Abu Bakar iaitu isteri ke-2 kepada Almarhum Habib Ibrahim meninggal pada 17 November 1927. Selain makam mereka terdapat juga makam isteri pertamanya iaitu Almarhumah Dayang Chu Chu binti Samat (tidak tertulis tarikh kewafatan). Makam ananda kepada Almarhum Habib Ibrahim iaitu, Almarhum Habib Abdullah bin Habib Ibrahim (1942) dan Almarhum Haji Habib Muhammad bin Habib Ibrahim (29 Rabiul Awal....) diletakkan berdekatan dengan makam ayahanda mereka. Turut berdekatan dengan makam Almarhum Habib Ibrahim ialah makam anak menantunya Almarhumah Hajah Hadijah binti Segaf (2 Ramadhan ..) iaitu isteri kepada Almarhum Haji Habib Muhammad. Saya sempat melihat beberapa makam yang mana tarikh kewafatan masih jelas kelihatan tertulis di nisan antaranya Almarhum Awang Rahman bin Awang Gunjor (1955) dan Almarhum Muhammad Hosin bin Ahmad (22 September 1948).
Saya difahamkan makam Almarhum Habib Ibrahim sering dikunjungi oleh pengamal perubatan tradisional. Malah yang menyedihkan juga berlakunya beberapa amalan khurafat di sini. Bagi membendung kejadian ini terus berlaku pihak waris perkuburan di sini telah memagar makam Almarhum Habib Ibrahim dengan membina pagar berbumbung. Sejak pembinaan pagar ini, amalan tersebut semakin berkurang sebaliknya pula saya difahamkan pengamal khurafat itu telah berpindah ke makam Habib Omar di seberang jalan tidak jauh dari tempat ini.
Setelah melihat suasana tanah perkuburan ini, saya merasakan bahawa Tanah Merah telah mendapat nama dari tanah perkuburan ini sejak dahulu lagi. Pihak berkuasa seharusnya memulihara tanah perkuburan ini memandangkan nilai sejarahnya yang amat tinggi. Waris kepada makam- makam di sini masih terus mengawasi tempat ini dengan mengadakan gotog royong membesihkan kawasan ini. Marilah kita bersama- sama untuk menghadiah surah Al Fatihah kepada seluruh 'penghuni' makam agar mereka mendapat kemulian di sisi Allah SWT. ALFATIHAH.....

2 comments:

Unknown said...

saya adalah cicit kepada habib ibrahim.. nma saya sharifah nazhirah binti habib hamid bin habib ahmad bin habib ibrahim ar-rif'i al husainie

Amir Azlan said...

Maaf, bole tahu lebih lanjut mengenai Habib Ibrahim ?

Post a Comment