KENAPA RASA TERSISIH?

Wednesday, January 27, 2010

Masyarakat Suluk mendahului sejarah kependudukan di Borneo.

Saya tertarik untuk menulis perihal laku- laku orang- orang Suluk di Malaysia. Dalam artikel saya suatu masa dahulu, saya pernah menyatakan orang- orang Suluk di Malaysia sudah ramai yang tidak tahu berbahasa Suluk. Banyak respon yang saya terima. Ada yang bersetuju dan tidak bersetuju malah ada juga yang terus tertekan menahan malu dan segan pada dirinya sendiri. Tujuan saya adalah untuk mengajak orang- orang Suluk kembali menghayati sejarah dan budaya mereka sendiri. Sejarah Suluk sangat panjang dan ia memiliki inti pati yang cukup untuk dibanggakan (kalau kita menelaah semula sejarah Suluk di Sabah khususnya).

Cuba perhatikan di sekeliling kita, ramai sudah orang Suluk yang berjaya dalam hidup mereka. Ada yang jadi pemimpin, ahli koperat, pendidik dan tidak kurang juga yang memiliki syarikat- syarikat usahawan dan aktif dalam khidmat masyarakat.

Malah Amy Search artis rock nombor satu di Malaysia dikatakan berbangsa Suluk, dan ada banyak lagi artis Malaysia yang berketurunan Suluk (lawati http://tausug-global.blogspot.com/ )

Saya seringkali mengajak rakan- rakan saya yang berbangsa Suluk di Malaysia ini agar menyertai persatuan ini. Tujuannya untuk mengangkat budaya dan tamadun Suluk itu sendiri. Malang sekali sebahagiannya menolak dengan alasan tidak mahu di'cop' sebagai Abu Sayaf atau Pendatang Asing (PATI).
Apakah orang- orang Suluk itu Abu Sayaf? Apakah orang- orang Suluk itu PATI? Saya sekeras- kerasnya akan menolak tanggapan sedemikian. Sebarang tanggapan negatif terhadap Suluk wajib disangkal dan ditolak. Memang Abu Sayaf itu Tausug/ Suluk tetapi kumpulan ini tidak mewakili orang- orang Suluk. Maka mengapa pula kita berasa sebahagian daripada mereka? Mereka pun tidak kenal dengan kita. Kita pun tidak kenal dan tidak pernah pun berjumpa dengan mereka! dengan Abu Sayaf kita benar- benar perasan kita sebahagian dari mereka TETAPI bagaimana dengan Paduka Mat Salleh dan Datu Tating pahlawan Suluk yang terkenal kita tidak mem-perasankan pun diri kita sebahagian dari mereka?


suatu masa dahulu etnik- etnik lain di Sabah dipercayai dibawah naungan Kesultanan Sulu .

Sebelum kita me'nuduh' orang Suluk adalah PATI. Saya syorkan elok buka buku sejarah masyarakat Sulu dan Kesultanannya. Kewujudan orang- orang Suluk di Borneo diakui sudah berabad- abad lamanya. Malah sejarahnya lebih lama dibandingkan dengan sejarah etnik lain di Sabah. Orang- orang Suluk di Sabah sudah wujud lebih lama sebelum kedatangan Cina dan India di Tanah Melayu. Malah catatan sejarah menyatakan pendokong ilmuwan dan pembawa obor Daulah Islamiah di Sabah adalah dari kaum Suluk. Syeikh Hasbullah Attahiri dikatakan pendakwah Islam dari kaum Suluk peranakan Arab dari Yaman di Sandakan. Dikatakan juga Sandakan pada masa itu adalah kedua terhebat selepas Acheh dalam perkembangan dakwah Islam Nusantara. Masyarakat Sulu sering datang ke Sandakan untuk menuntut ilmu dari beliau. Dan pusat penuntutan ilmu Islam itu terletak di atas bukit pinggir pantai iaitu masjid bandar Sandakan yang ada sekarang ini.

Hubungan Sulu dan Borneo bukan sahaja dilihat dari sudut perdagangan lebih dari itu Borneo adalah sebahagian daripada pemerintahan Kesultanan Sulu. Dahulu orang- orang Suluk di Sulu dan Filipina bebas berulang alik dari Sulu ke Borneo sehinggalah Borneo menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Undang- undang pun dimeterai termasuk 'menafikan' hak orang- orang Sulu di kepulauan Sulu di Borneo. Akhirnya orang- orang Sulu yang datang ke Borneo tanpa keterangan/ dokumen yang sah selepas itu dikira PATI. Orang- orang Sulu dari kaum Suluk yang terus menetap di Borneo mendapat taraf kewarga negaraan dan Suluk juga merupakan peribumi asli di Borneo. Namun kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini masih membayar gadaian Borneo sebanyak RM 5000 kepada pewaris Kesultanan Sulu.

Apakah dengan sedikit kisah ini, kita masih terus melihat Suluk sebagai virus jahat di Sabah? Orang- rang Suluk memiliki sejarah gemilang yang harus dikaji dan dibanggakan bersama. Jangan takut kepada bayang- bayang sendiri, kerana kemungkinan bayang- bayang itu adalah pembela kita di akhir zaman. Zaman kebangkitan Islam di Nusantara!

5 comments:

M.daiyon said...

Sgt2 bersetujuh..

CikguJah said...

Assalamualaikum...
Keturunan sultan sulu juga terdapat di Lahad Datu....

Unknown said...

Yang orang anti skg bkn suluk tempat di sabah tp suluk yg baru datang dr kepulauan sulu itu yg membawa masalah seperti jenayah..bahkan ada kawan sy sorg berbangsa sulu dr lahad datu pun pnh berkata pendatang haram suluk dr kepulauan sulu membawa masalah..ini fakta suluk tempatan sabah mula benci dgn sikap suluk pendatang haram.

Unknown said...

Filipina tak suka Sulu, Malaysia tak suka sulu. Sulu nak lari mana?

Malaysia suka cina dengan india je. bawa masuk banyak². Bodoh punya Melayu. Bukan nak fikir secara sihat. Filipina tu dah terang² negara kafir. Harap je Malaysia ni agama Islam sebagai agama rasmi. Tapi sampah.

Singporean yang dulu fuck Malaysia pun dapat beli tanah kat Malaysia.

Sulu yang Islam pula jadi PATI. Sebab apa? Sebab diorang miskin? tak boleh nak suap rasuah?

Semua yang PATI Sulu tu kenal ke Abu Sayyaf? Semua mereka sanjung Abu Sayyaf ke?

Otak mana otak? Bawa masuk banyak² India dengan Cina. Kasi diorang pegang tanah ni.. Biar Melayu kena tindas macam kat Penang dengan Singapura. nice?

Melayu, esok pergi kedai bikin tattoo. Idola kita kan singapore. Bikin tattoo banyak². Buka kelab malam dengan kilang arak banyak². Pusat perjudian jangan lupa.

Mana cukup nak kalau harapkan Genting Highland je. Cameron Highland taknak buat world class punya Casino ke?

Orang kafir semakin kaya, orang Islam kena tindas. BAGUS.

Unknown said...

Sebaik malaysia dibentuk pada 1963, maka orang asing yang masuk sabah perlu mematuhi peraturan imigresen, maksud tidak lagi boleh keluar masuk sesuka hati sptimana sebelum merdeka

Post a Comment